Pendahuluan
Mungkin ada di kalangan kita yang bertanya kenapa pada
saat ini kita masih perlu berbicara tentang Allah padahal kita sudah sering
mendengar dan menyebut namaNya dan kita tahu bahawa Allah itu Tuhan kita. Tidakkah itu sudah cukup untuk kita ?
Saudaraku, jangan sekali kita merasa sudah cukup dengan
pemahaman dan pengenalan kita terhadap Allah karena semakin kita memahami dan
mengenaliNya kita merasa semakin hampir denganNya. Kita juga mau agar terhindar dari pemahaman-pemahaman
yang keliru terhadap Allah dan terhindar juga dari sikap-sikap yang salah dari
kita terhadap Allah.
Ketika kita membicarakan tentang makrifatullah, bermakna
kita berbicara tentang Rabb, Malik dan Ilah kita. Rabb yang kita pahami dari istilah Al-Qur’an
adalah sebagai Pencipta, Pemilik, Pemelihara dan Penguasa. Manakala Ilah pula mengandung arti yang
dicintai, yang ditakuti dan juga sebagai sumber pengharapan. Kita boleh lihat hal ini di dalam surat An-Naas
: 1-3.
Dengan demikian maka jelaslah bahawa usaha kita untuk
lebih jauh memahami dan mengenal Allah adalah merupakan bahagian terpenting di
dalam hidup ini. Bagaimanakah jalan atau
metod yang harus kita lalui untuk mengenal Allah SWT dan apakah
halangan-halangan yang senantiasa menghantui manusia dari pada mengenal dan
berdampingan denganNya ? Mungkin boleh
kita merujuk kepada satu riwayat yang bermaksud : “Kenalilah dirimu nescaya engkau akan
mengenali Tuhanmu”. Dari pengenalan diri
sendiri, maka ia akan membawa kepada pengenalan (makrifah) yang menciptakan
diri iaitu Allah. Ini adalah karena pada hakikatnya makrifah kepada Allah adalah
sebenar-benar makrifah kepada Allah adalah sebenar-benar makrifah dan merupakan
asas segala kehidupan rohani.
Setelah makrifah kepada Allah, akan membawa kita kepada
makrifah kepada Nabi dan Rasul, makrifah kepada alam nyata dan alam ghaib dan
makrifah kepada alam akhirat.
Keyakinan terhadap Allah SWT menjadi mantap apabila kita
mempunyai dalil-dalil dan bukti yang jelas tentang kewujudan Allah lantas
melahirkan pengesaan dalam mentauhidkan Allah secara mutlak. Pengabdian diri kita hanya semata-mata kepada
Allah sahaja. Ini memberi arti kita
menolak dan berusaha menghindarkan diri dari bahaya-bahaya disebabkan oleh
syirik kepadaNya.
Kita harus berusaha menempatkan kehidupan kita dibawah bayangan
tauhid dengan cara kita memahami ruang perbahasan dalam tauhid dengan benar
tanpa penyelewengan sesuai dengan manhaj salafussoleh. Kita juga harus memahami empat bentuk
tauhidullah yang menjadi misi ajaran Islam di dalam Al-Qur’an maupun sunnah iaitu
tauhid asma wa sifat, tauhid rububiah, tauhid mulkiyah dan tauhid
uluhiyah. Dengan pemahaman ini kita akan
termotivasi untuk melaksanakan sikap-sikap yang menjadi tuntutan utama dari
setiap empat tauhid tersebut.
Kehidupan
paling tenang adalah kehidupan yang bersandar terus kecintaannya kepada Yang
Maha Pengasih. Oleh karena itu kita
harus mampu membedakan di antara cinta kepada Allah dengan cinta kepada
selainNya serta menjadikan cinta kepada Allah mengatasi segala-galanya. Apa yang menjadi tuntutan kepada kita ialah
kita menyadari pentingnya melandasi seluruh aktiviti hidup dengan kecintaan
kepada Allah, Rasul dan perjuangan secara minhaji.
Di
dalam memahami dan mengenal Allah ini, kita seharusnya memahami bahawasanya
Allah adalah merupakan sebagai sumber ilmu dan pengetahuan. Ilmu-ilmu yang Allah berikan itu adalah
menerusi dua jalan yang membentuk dua fungsi iaitu sebagai pedoman hidup dan
juga sebagai sarana hidup. Kitab juga
sepatutnya menyadari kepentingan kedua bentuk ilmu Allah dalam pengabdian
kepada Allah untuk mencapai tahap taqwa yang lebih cemerlang.
B-1. AHAMMIAH
MAKRIFATULLAH
Objektif
1.
Memahami pentingnya makrifatullah
dalam kehidupan manusia.
2.
Memahami bahawa makrifatullah dapat
menjadikannya mencapai hasil dari penambahan iman dan taqwa.
Sinopsis
Makrifatullah atau mengenal Allah adalah subyek utama yang
mesti disempurnakan oleh seorang muslim.
Para mad’u yang diajak untuk terlibat sama di dalam dakwah mestilah
dipastikan betul mereka memiliki kefahaman dan pengenalan yang sahih terhadap
Allah SWT. Mesti terpacak kukuh di dalam
hati sanubari bahawa Allah adalah sebagai “Rabb” kepada sekalian alam. Keyakinan ini tentu sekali bersandarkan kepada
berbagai dalil dan bukti yang kukuh.
Dari keyakinan ini, akan membuahkan peningkatan iman dan taqwa. Personaliti merdeka dan bebas adalah yang
lahir dari pengenalan yang mantap terhadap Allah. Juga akan lahir ketenangan, keberkatan dan
kehidupan yang baik sebagai manifestasi dari mengenali Allah. Di akhirat akan dikurniakan pula dengan
balasan syurga Allah. Semua ini adalah
bergaris penamat di keredhaan Allah SWT.
Hasyiah
1. Kepentingan Ilmu
Makrifatullah.
Sarahan :
Riwayat
ada menyatakan bahawa perkara pertama yang mesti dilaksanakan dalam agama
adalah mengenal Allah (awwaluddin makrifatullah). Bermula dengan mengenal Allah, maka kita akan
mengenali diri kita sendiri. Siapakah
kita, dimanakah kedudukan kita berbanding mahluk-mahluk yang lain, apakah sama
misi hidup kita dengan binatang-binatang yang ada di bumi ini, apakah tanggung
jawab kita dan kemanakah kesudahan hidup kita.
Semua persoalan itu akan terjawab secara tepat setelah kita mengenali
betul-betul Allah sebagai Rabb dan Ilah.
Yang Mencipta, Yang Menghi-dupkan, Yang Mematikan dan seterusnya.
Dalil :
·
Q.47:19, ayat ini mengarahkan kepada
kita dengan bahasa (ketahuilah olehmu) bahawasanya tidak ada ilah selain Allah
dan minta ampunlah untuk dosamu dan untuk mukminin dan mukminat. Apabila Al-Qur’an menggunakan sibghah amar
(perintah), maka ia menjadi wajib menyambut perintah tersebut. Dalam konteks ini mengetahui atau mengenali
Allah (makrifatullah) adalah wajib.
·
Q.3:18, Allah menyatakan bahawa tidak
ada tuhan melainkan Dia, dan telah mengakui pula para malaikat dan orang-orang
yang berilmu sedang Allah berdiri dengan keadilan. Tidak ada tuhan melainkan Dia Yang Maha
Perkasa dan Maha Bijaksana.
·
Q.22:72-73, Allah telah menjanjikan
kepada mereka yang mengingkari ayat-ayat Allah samada ayat qauliyah atau
kauniyah dengan api neraka. Janji ini
Allah turunkan di dalam surat Al-Hajj ayat 72-73 : Apabila dibacakan kepada
mereka ayat-ayat Kami yang terang kamu dapati pada muka-muka orang kafir
kemarahan. Hampir-hampir mereka
menendang orang-orang yang membacakan kepada mereka ayat-ayat kami. Katakanlah kepada mereka : Hendaklah aku
khabarkan kepada kamu dengan yang lebih buruk daripada itu, iaitulah neraka
yang telah dijanjikan oleh Allah kepada mereka yang kufur dan itulah
seburuk-buruk tempat kembali. Wahai
manusia, dibawakan satu permisalan maka hendaklah kamu dengar ! Sesungguhnya orang-orang (berhala-berhala)
yang engkau sembah selain Allah tidak akan mampu mencipta seekor nyamuk
sekalipun seluruh mereka berkumpul untuk tujuan itu. Dan jika mereka dihinggapi oleh seekor lalat,
mereka tidak mampu untuk menyelamatkan diri.
Lemahlah orang yang menuntut dan orang yang dituntut (sembah). Oleh yang demikian makrifatullah menerusi
ayat-ayatNya adalah suatu kepentingan utama perlu dilaksanakan agar terselamat
dari api neraka.
·
Q.39:67, mereka tidak mentaqdirkan
Allah dengan ukuran yang sebenarnya sedangkan keseluruhan bumi berada di dalam
genggamanNya pada Hari Kiamat dan langit-langit dilipatkan dengan
kananNya. Maha Suci Dia dan Maha Tinggi
Dia dari apa yang mereka sekutukan.
Orang-orang kafir tidak mentaqdirkan Allah dengan taqdir yang sebenarnya
karena mereka tidak betul-betul makrifatullah.
Ayat ini menarik kita agar tidak salah taqdir terhadap hakikat ketuhanan
Allah yang sebenarnya. Oleh itu
memerlukan makrifatullah yang sahih dan tepat.
2. Tema Perbicaraan
Makrifatullah – Allah Rabbul Alamin.
Sarahan :
Ketika
kita membicarakan tentang makrifatullah, bermakna kita berbicara tentang Rabb,
Malik dan Ilah kita. Rabb yang kita
pahami dari istilah Al-Qur’an adalah sebagai Pencipta, Pemilik, Pemelihara dan
Penguasa. Manakala ilah pula mengandungi
arti yang dicintai, yang ditakuti dan juga sebagai sumber pengharapan. Kita boleh lihat hal ini di dalam surat
An-Naas : 1-3. Inilah tema di dalam
makrifatullah. Jika kita menguasai dan
menghayati keseluruhan tema ini, bermakna kita telah mampu menghayati makna
ketuhanan yang sebenarnya.
Dalil :
·
Q.13:16, “Katakanlah, siapakah Rabb
segala langit dan bumi ? Katakanlah
Allah. Katakanlah, adakah kamu mengambil
wali selain daripada Nya yang tiada manfaat kepada dirinya dan tidak pula dapat
memberikan mudarat ? Katakanlah, adakah
bersamaan orang yang buta dengan orang yang melihat ? Bahkan adakah bersamaan gelap dan nur
(cahaya) ? Bahkan adakah mereka
mengadakan bagi Allah sekutu-sekutu yang menjadikan sebagaimana Allah
menjadikan, lalu serupa mahluk atas mereka ?
Katakanlah, Allah. Allah yang
menciptakan tiap tiap sesuatu dan Dia Esa lagi Maha Kuasa”.
·
Q.6:12, “Katakanlah, baqi siapakah
apa apa yang di langit dan bumi ?
Katakanlah, bagi Allah. Dia telah
menetapkan ke atas diriNya akan memberikan rahmat. Demi sesungguhnya Dia akan menghimpunkan kamu
pada Hari Kiamat, yang tidak ada keraguan padanya. Orang-orang yang merugikan diri mereka, maka
mereka tidak beriman”.
·
Q.6:19, “Katakanlah, apakah saksi
yang paling besar ? Katakanlah, Allah
lah saksi diantara aku dan kamu.
Diwahyukan kepadaku Al-Qur’an ini untuk aku memberikan amaran kepada
engkau dan sesiapa yang sampai kepadanya Al-Qur’an. Adakah engkau menyaksikan bahawa bersama
Allah ada tuhan-tuhan yang lain ?
Katakanlah, aku tidak menyaksikan demikian. Katakanlah, hanya Dialah tuhan yang satu dan
aku bersih dari apa yang kamu sekutukan”.
·
Q.27:59, “Katakanlah, segala
puji-pujian itu adalah hanya untuk Allah dan salam sejahtera ke atas hamba-hambanya
yang dipilih. Adakah Allah yang paling
baik ataukah apa yang mereka sekutukan”.
·
Q.24:35, “Allah memberi cahaya kepada
seluruh langit dan bumi”.
·
Q.2:255, “Allah. Tidak ada tuhan melainkan Dia. Dia hidup dan berdiri menguasai seluruh isi
bumi dan langit”.
3. Didukung Dengan Dalil
Yang Kuat (Q.75:14-15).
Sarahan :
Makrifatullah yang sahih dan
tepat itu mestilah bersandarkan dalil-dalil dan bukti-bukti kuat yang telah
siap disediakan oleh Allah untuk manusia dalam berbagai bentuk agar manusia
berfikir dan membuat penilaian. Oleh
karena itu banyak fenomena alam yang disentuh oleh Al-Qur‘an diakhirkan dengan
persoalan tidakkah kamu berfikir, tidakkah kamu mendengar dan sebagainya. Pertanyaan-pertanyaan itu boleh mendudukkan
kita pada satu pandangan yang konkrit betapa semua alam cakrawala ini adalah
dibawah milik dan pentadbiran Allah SWT.
Dalil :
·
Naqli, Q.6:19. Allah menurunkan
Al-Qur’an kepada Rasul sebagai bahan peringatan untuk manusia.
·
Aqli, Q.3:190, Kejadian langit, bumi
dan pertukaran siang malam menjadi bukti bagi orang yang berfikir.
·
Fitri, Q.7:172, Pertanyaan Allah
kepada anak adam di alam fitrah, bukan Aku tuhanmu ? Lalu diakuri.
4. Dapat Menghasilkan
: peningkatan iman dan taqwa.
Sarahan :
Apabila kita betul-betul mengenal
Allah menerusi dalil-dalil yang kuat dan kukuh, hubungan kita dengan Allah
menjadi lebih akrab. Apabila kita hampir
dengan Allah, Allah lebih lagi hampir kepada kita. Setiap ayat Allah semada dalam bentuk
qauliyah maupun kauniyah tetap akan menjadi bahan berfikir kepada kita dan
penambah keimanan serta ketakwaan. Dari
sini akan menatijahkan personaliti hamba yang merdeka, tenang, penuh keberkatan
dan kehidupan yang baik. Tentunya tempat
abadi baginya adalah surga yang telah dijanjikan oleh Allah kepada hamba-hamba
yang telah diredhaiNya.
5. Kemerdekaan.
Dalil :
·
Q.6:82,
“Orang-orang yang beriman dan tidak mencampurkan keimanannya dengan kezaliman,
untuk merekalah keamanan sedang mereka itu mendapat petunjuk”.
6. Ketenangan.
Dalil :
·
Q.13:28,
“Orang-orang yang beriman dan tenteram hatinya dengan mengingati Allah. Ingat lah bahawa dengan mengingat Allah itu,
tenteramlah segala hati”.
7. Barakah.
Dalil :
·
Q.7:96,
“Kalau sekiranya penduduk negeri itu beriman dan bertakwa, niscaya Kami
tumpahkan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi tetapi mereka itu
mendustakan sebab itu Kami siksa mereka dengan sebab usahanya itu”.
8. Kehidupan Yang Baik.
Dalil :
·
Q.16:97,
“Sesiapa yang melakukan kebaikan baik lelaki maupun perempuan sedang dia
beriman niscaya Kami siapkan dia dengan kehidupan yang baik”.
9. Syurga.
Dalil :
·
Q.10:25-26,
Mereka yang melakukan kebaikan akan mendapat kebaikan dan tambahan dari Allah
dan merek akan menjadi penduduk tetap surga Allah.
10. Mardhotillah.
Dalil :
·
Q.98:8,
“Balasan untuk mereka di sisi tuhannya ialah surga Adne yang mengalir sungai
dibawahnya sedang mereka kekal selama-lama di dalamnya. Allah redha kepada mereka dan mereka redha
kepada Allah. Surga itu untuk
orang-orang yang takut kepada Allah”.
B-2. AT-THORIQ
ILA MAKRIFATILLAH
Objektif
1.
Memahami
bahawa jalan mengenal Allah adalah melalui ayat-ayatNya.
2.
Memahami
pendekatan Islam dan non Islam terhadap ayat-ayat Allah.
3.
Mengikuti
sifat mukminin dalam pengenalan terhadap Allah dan menjauhi sikap orang-orang
kafir.
Sinopsis
Apabila
kita ingin mencapai sesuatu sasaran, pastinya kita mesti tahu apakah dan
bagaimanakah jalan yang akan menyampaikan kita kepada sasaran itu. Begitu juga dengan sasaran untuk mengenal
Allah bukan sembarangan cara boleh digunakan karena jalan yang tidak betul akan
membawa kepada pengenalan yang salah.
Jalan menuju kepada makrifatullah adalah menerusi ayat-ayat yang terang
dan jelas sebagai satu pernyataan dari Allah (ayat qauliyah). Ayat ini adalah pernyataan-pernyataan
pengenalan yang difirmankan oleh Allah sendiri di dalam Al-Qur’an. Selain itu, ada juga ayat-ayat kauniyah yang
menjadi bahan berfikir manusia terhadap kejadian alam yang begitu unik
ini. Dari dua jalan ini Islam mengajak
manusia menggunakan akan dan juga naql untuk menuju makrifatullah. Kedua-dua metod ini akan melahirkan
keyakinan, langsung mencetuskan pembenaran (tasdiq) dalam hati kecil manusia
yang akhirnya membuahkan keimanan yang mantap terhadap Allah SWT.
Selain metod ini, ada juga manusia yang menggunakan metod
duga-dugaan dan hawa nafsu untuk mengenal Allah. Paling pasti adalah mereka tidak akan bertemu
sasarannya yang sebenar malah dia boleh dipermainkan oleh syaitan seperti yang
berlaku kepada penganut hindu, budha dan lain-lain lagi yang menggambarkan
tuhan ini mengikut apa yang mereka khayalkan.
Metod ini akan berakhir dengan kekufuran.
Hasyiah
1. Jalan Menuju Pengenalan
Terhadap Allah SWT.
Sarahan :
Allah
SWT tidak menampilkan kewujudan Zatnya Yang Maha Hebat di hadapan
mahluk-mahluknya secara langsung dan dapat dilihat seperti kita melihat sesama
mahluk bahkan selagi kita boleh nampak dengan mata kepala kita, maka itu
bukanlah tuhan. Allah juga menganjurkan
kepada manusia menerusi Nabi SAW supaya berfikirlah pada mahluk-mahluk Allah
tetapi jangan sekali anda berfikir tentang zat Allah. Mahluk-mahluk yang menjadi tanda kebesaran
dan keagungan Allah inilah yang disarankan di dalam banyak ayat Al-Qur’an agar
menjadi bahan berfikir tentang kebesaran Allah.
2. Ayat Qauliyah.
Sarahan :
Ayat-ayat qauliyah adalah
ayat-ayat yang difirmankan oleh Allah SWT di dalam Al-Qur’an. Ayat-ayat ini boleh menyentuh pelbagai aspek
termasuklah jalan-jalan kepada makrifatullah.
Dalil :
·
Q.95:1-5,
Allah mengajak kita berfikir tentang kejadian mahluknya termasuk buah-buahan,
bukit-bukit bahkan diri manusia itu sendiri sehingga akhirnya manusia dapat
menyimpulkan satu keyakinan bahawa penciptanya adalah Allah.
3. Ayat Kauniyah.
Sarahan :
Ayat Kauniah adalah ayat atau
tanda yang wujud di sekeliling yang diciptakan oleh Allah. Ayat-ayat ini adalah dalam bentuk benda,
kejadian, peristiwa dan sebagainya yang ada di dalam alam ini. Oleh karena alam ini hanya mampu dilaksanakan
oleh Allah dengan segala sistem dan peraturanNya yang unik, maka ia menjadi tanda kehebatan
dan keagungan Penciptanya.
Dalil :
·
Q.41:53,
Allah menjelaskan bahawa Dia akan tunjukkan ayat-ayat kauniyahNya di ufuq dan
juga pada diri manusia sendiri sehingga menjadi terang dan jelas akan kekuasaan
Allah.
·
Q.3:190,
Pada kejadian langit dan bumi serta pertukaran siang dan malam juga adalah ayat
kauniyah kepada kekuasaan Allah bagi sesiapa yang berakal.
4. Metod Islam Dengan
Naqli dan Akal.
Sarahan :
Islam menghargai nilai akal yang
dimiliki manusia karena dengan sarana akal ini manusia mampu berfikir dan
memilih antara yang benar atau salah.
Walau bagaimanapun, dengan akal semata-mata tanpa panduan dari Pencipta
akal pencapai pemikiran cukup terbatas.
Apa lagi jika dicampurkan dengan anasir hawa nafsu dan zhan. Gabungan antara kemampuan akan dan panduan
dari Penciptanya akan menghasilkan pengenalan yang tepat dan mantap terhadap
Allah SWT menjadi satu kesalahan apabila manusia tidak menggunakan akalnya
untuk berfikir.
Dalil :
·
Q.10:100-101,
Tiadalah seseorang itu beriman melainkan dengan izin Allah. Dia menjadikan siksaan atas orang-orang yang
tidak berfikir. Katakanlah,
perhatikanlah apa-apa yang dilangit dan di bumi. Tetapi tidak bermanfaat keterangan dan
peringatan bagi kaum yang tidak beriman.
·
Q.65:10,
Ancaman Allah dengan siksaan bagi mereka yang berakal tapi tidak berfikir.
·
Q.67:10,
Penyesalan yang pasti bagi mereka yang tidak berfikir.
5. Tasdiq (membenarkan).
Sarahan :
Hasil dari berfikir dan meneliti
secara terus menurut pedoman-pedoman yang sewajarnya, akan mencetuskan rasa
kebenaran, kehebatan dan keagungan Allah.
Boleh jadi ia berbetulan dengan firman Allah 53:11 (Tiadalah hatinya
mendustakan (mengingkari) apa-apa yang dilihatnya). Hati mula membenarkan dan akur kepada kebujaksanaan
Tuhan.
Dalil :
·
Q.3:191,
Orang-orang yang mengingat Allah setiap ketika akan terungkap pada lisannya
ucapan Maha Suci Engkau ya Allah.
·
Q.50:37,
Yang demikian itu menjadi peringatan bagi orang yang mempunyai hati atau
mendengarkan sedang hatinya hadir.
6. Menghasilkan Iman.
Sarahan :
Metod pengenalan kepada Allah
yang dibawa oleh Islam ini cukup efektif secara berurutan sehingga akhirnya
menghasilkan keimanan sejati kepada Allah azzawajalla.
7. Metod Selain Islam.
Sarahan :
Pemikiran berkenaan theologi dan
ketuhanan banyak juga dibawa oleh pemikir-pemikir dari serata dunia tetapi
tidak berlandaskan kepada metod yang sebenarnya. Kebanyakannya berlandaskan duga-dugaan,
sangka-sangkaan dan hawa nafsu. Pastinya
metod cacamerba ini tidak akan sampai kepada natijah yang sebenar karena bayang-bayang
khayalan tetap menghantui pemikiran mereka.
Ada tuhan angin, tuhan api, tuhan air yang berasingan dengan rupa-rupa
yang berbeda seperti yang digambarkan oleh Hindu, Budha dan seumpamanya.
8. Dugaan dan Hawa Nafsu.
Sarahan :
Dua unsur utama dalam metod
mengenal tuhan yang tidak berlandaskan disiplin yang sebenar adalah
sangka-sangkaan dan juga hawa nafsu.
Campur tangan dua unsur ini sangat tidak mungkin untuk mencapai natijah
yang tepat dan sahih.
Dalil :
·
Q.2:55,
Kaum nabi Musa mengambil anak lembu sebagai tuhan dan cabar untuk tidak beriman
dengan Musa kecuali setelah melihat Allah secara terang, lalu mereka disambar
oleh halilintar.
·
Q.10:36,
Kebanyakan mereka tidak mengikut kecuali duga-dugaan semata-mata. Sesungguh nya dugaan itu tidak cukup untuk
mendapat kebenaran sedikitpun.
·
Q.6:115,
Telah tamatlah kalimah Tuhanmu dengan kebenaran dan keadilan.
9. Ragu-Ragu.
Sarahan :
Apabila jalan yang dilalui tidak
jelas dan tidak tepat, maka hasil yang didapati juga sangat tidak
meyakinkan. Mungkin ada hasil yang
didapati, tetapi bukan hasil yang sebenarnya.
Bagaimanakah kita ingin mengenal Allah tetapi kaedah pengenalan yang
kita gunakan tidak menurut neraca dan panduan yang telah ditetapkan oleh
Allah. Kadangkala sayyidina Umar
tersenyum sendirian mengenangkan kebodohannya menyembah patung yang dibuatnya
sendiri dari gandum sewaktu jahiliyah, apabila terasa lapar dimakannya pujaan
itu.
Dalil :
·
Q.22:55,
Orang-orang kafir senantiasa dalam keraguan.
·
Q.24:50,
Apakah ada dalam hati mereka penyakit, atau mereka masih ragu-ragu atau takut.
10. Berakibat Kufur.
Sarahan :
Semua metod pengenalan yang tidak
berasaskan cara yang dianjurkan oleh Islam iaitu menerusi aqli dan naqli akan
menemui jalan serabut iaitu kekufuran terhadap Allah SWT.
B-3. MAWANI’
MAKRIFATULLAH
Objektif
1.
Mengerti
sifat-sifat pribadi yang menjadi penghalang dari mengenal Allah.
2.
Menyadari
bahawa sifat-sifat itu dapat membawanya kepada kekufuran karena itu ia berusaha
menjauhi sifat-sifat itu.
3.
Menumbuhkan
motivasi untuk mewujudkan sifat-sifat yang memudahkan mengenal Allah.
Sinopsis
Walaupun
ayat-ayat Allah sama ada ayat-ayat qauliyah maupun kauniyah adalah terbuka
kepada siapa sahaja yang ingin membaca dan menelitinya, namun terdapat berbagai
halangan yang akan berhenti di hadapan kita yang didukung oleh iblis dan hawa
nafsu bagi memastikan anak cucu adam terus berada di dalam kesesatan dan jauh
dari petunjuk Allah SWT.
Halangan-halangan ini muncul dalam bentuk sifat-sifat pribadi yang
kontradik berpunca dari syahwat seperti nifaq, takabbur, zalim, dusta dan
sifat-sifat yang berpunca dari salah faham atau syubhat seperti jahil,
ragu-ragu, menyimpang. Kesemua ini
menatijahkan kekufuran terhadap Allah SWT.
Hasyiah
Sifat yang berasal dari penyakit syahwat.
1. Fasiq.
Sarahan :
Iaitu orang-orang yang melanggar
janji Allah, memutuskan apa yang diperintahkan oleh Allah menghubungkannya dan
mereka melakukan bencana di atas muka bumi.
Dalil :
·
Q.2:26-27,
Sesungguhnya Allah tidak malu menjadikan nyamuk untuk menjadi perumpamaan atau
benda yang lebih hina daripadanya.
Adapun orang-orang yang beriman mengetahui bahawa yang demikian itu
suatu kebenaran dari Tuhan tetapi orang-orang yang kafir berkata : Apakah
maksud Allah dengan perumpamaan ini ?
·
Q.59:19,
Janganlah kamu seperti orang-orang yang melupakan Allah lalu Allah menjadikan
mereka lupa terhadap diri mereka sendiri.
Mereka itulah orang-orang yang fasiq.
2. Sombong.
Sarahan :
Adalah orang yang hatinya ingkar
dan membantah terhadap ayat-ayat Allah dan mereka tidak beriman dengan Allah.
Dalil :
·
Q.16:22,
Orang-orang yang tidak beriman kepada Hari Akhirat, hati mereka ingkar dan
mereka itu orang-orang yang sombong.
·
Q.40:35,
Orang-orang yang membantah ayat-ayat
Allah tanpa keterangan yang sampai kepada mereka. Amat besarlah kebencian di sisi Allah dan di
sisi orang-orang yang beriman (terhadap mereka). Demikianlah Allah mengecap/menutup tiap-tiap
hati orang yang sombong lagi ganas.
·
Q.40:56,
Orang-orang yang membantah ayat-ayat Allah tanpa keterangan.
·
Q.7:12,
Allah telah menghalau Iblis dari syurga karena bersikap sombong dan tidak mau
tunduk kepada arahan Allah.
3. Zalim.
Dalil :
·
Q.32:22,
Siapakah yang terlebih zalim daripada orang yang mengada-adakan dusta terhadap
Allah sedang dia diseru kepada Islam ?
Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang-orang yang zalim.
·
Q.32:22,
Siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang diberikan peringatan dengan
ayat-ayat tuhannya kemudian dia berpaling daripadanya …
4. Dusta.
Dalil :
·
Q.2:10,
Dalam hati mereka ada penyakit (syak wasangka) lalu ditambah Allah penyakit itu
dan untuk mereka itu siksa yang pedih karena mereka berdusta.
·
Q.77:9-19,
Kecelakaan bagi mereka yang mendustakan ayat-ayat Allah.
5. Banyak Dosa.
Dalil :
·
Q.83:14,
Berkarat hati mereka karena dosa yang mereka lakukan.
Semua sifat-sifat yang disebutkan
di atas tadi akan berakhir dengan kemurkaan dari Allah SWT. Walau bagaimanapun sifat-sifat ini boleh
dirawati dan diobati dengan usaha yang penuh mujahadah. Manakala kelompok kedua adalah sifat-sifat
yang berasal dari penyakit syubhat yang ada pada personaliti seseorang.
6. Jahil.
Dalil :
·
Q.39:65,
Orang-orang yang tidak mengambil ikhtibar dari wahyu.
7. Ragu-Ragu.
Dalil :
·
Q.22:55,
Orang-orang kafir senantiasa di dalam keraguan.
8. Menyimpang.
Dalil :
·
Q.5:13,
Oleh karena mereka melanggar perjanjian, Allah kutuk mereka dan menjadikan hati
mereka keras sehingga mereka mengubah kalimat Allah.
9. Lalai.
Dalil :
·
Q.7:179,
Mereka memiliki hati, mata dan telinga tetapi semuanya tidak difungsikan dan
mereka menjadi seumpama binatang lalu disediakan kepada mereka jahannam.
B-4. ADILLAH
ALA WUJUDILLAH
Objektif
1.
Mengenal
betapa pentingnya menyadari kewujudan Allah di dalam kehidupan.
2.
Mengerti
dalil-dalil yang diaplikasikan untuk menyadari kewujudan Allah.
3.
Bermotivasi
untuk mentauhidkan Allah karena menyadari kebesaran Allah.
Sinopsis
Kewujudan
Allah SWT adalah sesuatu yang cukup terang sehingga setengah pihak yang ekstrem
berpendapat kewujudan Allah tidak perlu kepada dalil lantaran terlalu
jalas. Walau bagaimanapun dalil-dalil
yang membuktikan kewujudan Allah ini boleh kita lihat dari berbagai aspek,
antaranya dari aspek fitrah, aspek panca indera, dari aspek logik/aqal, dari
aspek nash/naql dan juga dari aspek sejarah.
Bila kita membicarakan dalil-dalil kewujudan Allah, kita tidak bermaksud
perbincangan-perbincangan falsafi yang merumitkan tetapi bagaimana dalil-dalil
itu dapat difahami dengan mudah dan menunjangkan keyakinan terhadap Allah SWT.
Hasyiah
1. Dalil Fitrah.
Sarahan :
Adalah dalil yang lahir dari
fitrah asal manusia itu sendiri. Hal ini
banyak dirakamkan di dalam Al-Qur’an, bagaimanapun manusia umumnya mengakui
kewujudan Allah.
Dalil :
·
Q.7:172,
Allah bertanya : Bukankah Aku Tuhan kamu ?
Sahutnya : Ya, Kami menjadi saksi.
·
Q.29:61,
Demi kalau engkau tanyakan kepada mereka siapakah yang menciptakan langit dan
bumi dan menundukkan matahari dan bulan, niscaya mereka menjawab : Allah.
·
Q.43:9,
Demi jika engkau tanyakan kepada mereka siapakah yang menciptakan langit dan
bumi, niscaya mereka menjawab : yang menciptakan semuanya adalah (Allah) Yang
Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.
·
Q.75:14-15,
Bahkan manusia jadi saksi atas dirinya sendiri meskipun ia menerangkan beberapa
keuzuran.
2. Dalil Indera.
Sarahan :
·
Adalah
dalil-dalil yang dapat dinikmati, dilihat, dirasai atau disentuhi oleh indera.
Dalil :
·
Q.54:1,
Telah hampir saat kiamat dan bulan pun terbelah.
·
Q.17:1,
Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambanya di malam hari dari Masjidil
Haram.
·
Q.8:9,
Sesungguhnya Aku menolong kamu dengan seribu malaikat yang beriringan.
·
Q.3:125,
Ya, jika kamu sabar dan taqwa dan datang orang-orang kafir itu bersegera
kepadamu tuhanmu menolongmu dengan lima ribu malaikat.
3. Dalil Aqli.
Sarahan :
Adalah dalil-dalil yang berasaskan akal.
Dalil :
·
Q.41:53,
Nanti akan Kami perlihatkan kepada mereka ayat-ayat (tanda-tanda kekuasaan)
Kami di ufuk-ufuk dan pada diri mereka sendiri.
·
Q.27:88,
Engkau lihat gunung-gunung, engkau kira ia tetap padahal ia lari seperti
larinya awan.
·
Q.87:1-4,
Sucikanlah nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi yang menciptakan semua alam lalu
menyempurnakan kejadiannya, dan yang menentukan dan memberi petunjuk dan yang
menumbuhkan padang rumput (tanam-tanaman).
4. Dalil Naqli.
Sarahan :
Adalah dalil-dalil yang bersandarkan kepada nash-nash.
Dalil :
·
Q.4:82,
Tidakkah mereka mentadabbur Al-Qur’an ?
Sekiranya Al-Qur’an itu dari sisi Allah niscaya mereka mendapati banyak
perselisihan di dalamnya.
·
Q.17:88,
Katakanlah, demi jika berhimpun manusia dan jin hendak memperbuat seumpama
Al-Qur’an ini, niscaya mereka tidak dapat memperbuat seumpamanya.
·
Q.15:9,
Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Qur’an dan Kami memeliharanya.
5. Dalil Sejarah.
Sarahan :
Adalah dalil-dalil kekuasaan dan
keagungan Allah yang diambil dari peristiwa-peristiwa yang telah berlaku di
atas muka bumi.
Dalil :
·
Q.3:137,
Sesungguhnya telah lalu beberapa peraturan (Allah) sebelum kamu, maka berjalan
lah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibatnya orang-orang yang
mendustakan agama.
·
Q.7:176,
Demikianlah umpamanya kaum yang mendustakan ayat-ayat Kami. Sebab itu kisahkanlah kisah itu,
mudah-mudahan mereka berfikir.
·
Q.12:111,
Sesungguhnya dalam kisah-kisah mereka itu ada ibrah (pengajaran) bagi
orang-orang yang berakal.
·
Q.11:120,
Setiap riwayat kami kisahkan kepadamu di antara perkhabaran para rasul supaya
Kami tenteramkan hatimu dengannya.
6. Mengagungkan Allah dan
Mentauhidkan Allah.
Sarahan :
Dari semua dalil-dalil yang dapat
dilihat di atas itu adalah berfungsi menguatkan pandangan kita betapa keagungan
Allah SWT begitu luar biasa dan menundukkan kita sendiri di hadapan keagungan
ini. Langsung mencetuskan tauhidullah
yang luar biasa.
Dalil :
·
Q.21:92,
Sesungguhnya ini, ummat kamu (hai mukminin) ummat yang satu dan Aku tuhanmu,
sebab itu sembahlah Aku.
B-5.1. TAUHIDULLAH
Objektif
1.
Memahami
konsep tauhid rububiyah mulkiyah dan uluhiyah serta aplikasinya dalam kehidupan
sehari-hari.
2.
Menyadari
wujudnya kerajaan Allah di alam semesta.
3.
Menyadari
wajibnya menolak kepemimpinan, hukum dan autoriti selain Allah dan menjadikan
Allah sahaja sebagai pemimpin, pembuat hukum dan tujuan hidup.
Sinopsis
Mentauhidkan
Allah SWT adalah inti kepada akidah Islam.
Di dalam konsep tauhid ini kita mengesakan Allah dari segi rububiyah,
mulkiyah dan juga uluhiyahnya. Dari segi
rububiyahnya, kita mengesakan Allah sebagai Pencipta yang telah mencipta segala
sesuatu dari sekecil-kecil sehingga sebesarnya.
Allahlah yang mengurniakan rizki dan Allah lah sebagai Raja yang
menguasai seluruh alam ini. Pengesaan
ini diaplikasikan dalam setiap gerak kerja seharian. Bukan sekedar Rububiyah, malah Mulkiyah Allah
itu adalah milik mutlak Allah SWT yang perlu kita esakan. Mulkiyah Allah ini bermakna Allahlah sebagai
wali yang sah sebagaimana yang tersebut di dalam firmanNya : “Allah Wali kepada
orang-orang yang beriman”. Allahlah
sebagai Penguasa (Hakim) dan Allah juga Pemerintah (Amir). Dengan tauhid mulkiyah ini sepatutnya kita
menyadari kewujudan kerajaan Allah diatas muka bumi ini. Dengan itu sewajibnya kita menolak
kepemimpinan, hukum dan autoriti selain Allah dan menjadikan Allah sahaja
sebagai pemimpin, pembuat hukum dan tujuan hidup.
Hasyiah
1. Rububiyatullah.
Sarahan :
Sifat Rububiyah adalah sifat
sebagai pencipta, pemilik dan pengatur susunan peraturan. Sifat ini diakui oleh semua manusia secara
fitrahnya.
Dalil :
·
Q.1:2,
Allah SWT telah menyatakan pujian hanya bagi dirinya dan menyifatkan DiriNya
sebagai Rabb Alamin. “Segala puji
tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”.
·
Q.7:54,
Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam
masa lalu. Ia bersemayam diatas Arasy,
Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih
berganti) dan (Ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang,
(semuanya) tunduk kepada perintahNya.
Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian
mahluk) dan urusan pemerintahan. Maha
Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.
1.1. Sebagai
Pencipta.
Sarahan :
Pencipta ( Al-Khaliq) segala sesuatu adalah salah satu dari sifat Rabb.
Dalil :
·
Q.25:2,
Tuhan yang menguasai pemerintahan langit dan bumi, dan yang tidak mempunyai
anak, serta tidak mempunyai sembarang sekutu dalam pemerintahanNya, dan Dia lah
yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan mahluk-mahluk itu
dengan ketentuan takdir yang sempurna.
1.2. Pemberi
Rezki.
Sarahan :
Pemberi Rizki (Ar-Raaziq) juga
merupakan sifat Rububiyah Allah. Dengan
sifat ini muslim meyakini bahwa rizki semuanya ketentuan dari Allah. Dengan ini menjadikan pergantungan kita
dengan Allah adalah mutlak bukan lagi kepada mahluk yang memiliki segala sifat
kelemahan.
Dalil :
·
Q.51:57-58,
Aku tidak sekali-kali menghendaki sembarang rizki pemberian dari mereka, dan
Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang
Memberi Rizki (kepada sekalian mahlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang Mempunyai
Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.
1.3. Pemilik.
Sarahan :
Allah SWT Pencipta sekalian mahluk,
Dia jugalah yang memilikinya. Hatta diri
kita juga dimiliki oleh Allah.
Dalil :
·
Q.2:284,
Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di
dalam hati kamu atau kamu menyembunyikannya, niscaya Allah akan menghitung dan
menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia
mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyiksa sesiapa yang
dikehendakiNya (menurut undang-undang peranturanNya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas
tiap-tiap sesuatu.
1.4. Raja.
Sarahan :
·
Allah
adalah raja mutlak kepada segala mahluk.
Sifat ini hanya berhak pada sisi Allah sahaja. Kehebatan ini seharusnya menjadikan kita
senantiasa tunduk kepada titah perintahNya sekali pun berlawanan dengan
tuntutan diri dan nafsu sendiri.
Dalil :
·
Q.1:4,
Malik (raja) kepada hari pembalasan.
·
Q.114:2,
Raja manusia.
2. Mulkiyatullah.
Sarahan :
Mentauhidkan Allah dalam
mulkiyahnya bermakna kita mengesakan Allah terhadap pemilikan, pemerintahan dan
penguasaanNya terhadap alam ini. Dialah
Pemimpin, Pembuat hukum dan Pemerintah kepada alam ini. Hanya landasan kepemimpinan yang dituntut
oleh Allah sahaja yang menjadi ikutan kita.
Hanya hukuman yang diturunkan oleh Allah sahaja menjadi pakaian kita dan
hanya perintah dari Allah sahaja menjadi junjungan kita.
Dalil :
·
Q.3:26,
Katakanlah (wahai Muhammad) : “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan,
Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada siapa yang Engkau kehendaki,
dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari siapa yang Engkau
kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan
siapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina siapa yang Engkau
kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah
sahaja adanya segala kebaikan.
Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
2.1. Pemimpin
(wali).
Sarahan :
Wali adalah sebahagian dari
sifat-sifat mulkiyatullah. Ia membawa
arti sifat penguasaan iaitu sebagai pelindung, penolong dan pemelihara.
Dalil :
·
Q.7:196,
Sesungguhnya pelindungku ialah Allah yang telah menurunkan kitab (Al-Qur’an),
dan Dia lah jua yang menolong dan memelihara orang-orang yang berbuat kebaikan.
2.2. Pembuat
Hukum.
Sarahan :
Hakiman atau pembuat hukum juga
adalah sebahagian dari sifat mulkiyatullah.
Ia mesti diikhtiraf oleh manusia dan tunduk hanya kepada hukum-hukum
yang telah diturunkan olehNya sahaja karena hak mencipta hukum itu hanya
terhadap kepada Allah semata-mata.
Dalil :
·
Q.12:40,
Apa yang kamu sembah, yang lain dari Allah, hanyalah nama-nama yang kamu
menamakannya, kamu dan datuk nenek kamu, Allah tidak pernah menurunkan
sembarang bukti yang membenarkannya. Sebenarnya
hukum (yang menentukan amal ibadat) hanyalah bagi Allah. Ia memerintahkan supaya kamu jangan menyembah
melainkan Dia. Yang demikian itulah
agama yang betul, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
2.3. Pemerintah.
Sarahan :
Aamiran atau pemerintah satu lagi
sifat mulkiyatullah yang perlu diketahui oleh setiap muslim. Allah memiliki Arasy dan memerintah seluruh
mahluk ciptaannya ini dengan ketentuan daripadanya. Dia yang menciptakan dan Dia yang mengarahkan
menurut apa yang dikehendakiNya.
Dalil :
·
Q.7:54,
Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam
masa lalu. Ia bersemayam di atas
Arasy. Ia melindungi malam dengan siang
yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Ia pula yang menciptakan)
matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada
perintahNya. Ingatlah, kepada Allah
jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian mahluk) dan urusan
pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian
alam.
3. Yang Dituju.
Sarahan :
Apabila kita mengikhtiraf dan
mengakui keesaan Allah dengan segala bentuk rububiyah dan mulkiyahnya, maka
seluruh hidup kita adalah tertumpu kepada kehendak dan tujuan kita dijadikan
olehNya. Maka Allahlah menjadi matlamat
hidup kita seluruhnya, selari dengan mahluk-mahluk lain yang sepenuhnya tunduk
kepada kehendak Allah.
Dalil :
·
Q.6:162,
Katakanlah, sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku,
hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
4. Ilah Yang Diabdikan.
Sarahan :
Pengikhtirafan ini juga membawa manusia tunduk mengabdikan
diri semata-mata kepada Allah SWT.
Dalil :
·
Q.114:3,
Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia.
·
Q.109:1-6,
Katakanlah (wahai Muhammad) : “Hai orang-orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu
sembah. Dan kamu tidak mau menyembah
(Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak
akan beribadat secara kamu beribadat.
Dan kamu pula tidak mau beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku”.
B-5.2. TAUHIDUL
IBADAH
Objektif
1.
Menyadari
bahawa ikhlas dalam ibadah hanya semata-mata kepada Allah.
2.
Menyadari
bahawa dalam beribadah segala thagut dikufuri, dijauhi dan tidak syirik.
3.
Menyadari
tauhid dalam ibadah adalah berasaskan keimanan yang hakiki.
Sinopsis
Pengabdian
diri manusia boleh berlaku kepada siapa sahaja berasaskan kefahaman dan keyakinan
seseorang. Bagi muslim, pengabdian tidak
sekali-kali boleh berlaku melainkan hanya kepada Allah penuh ikhlas. Keikhlasan dalam beribadah ini dapat dicapai
menerusi dua perkara yang saling berkait antara satu sama lain. Pertama dengan mengkufuri segala thogut,
menjauhkan diri dari thagut dan tidak pula berlaku syirik kepada Allah. Dalam masa yang sama mestilah tertahqiq juga
keimanan kepada Allah langsung mengabdikan diri hanya kepada Allah semata-mata. Apabila tauhidullah tercapai dengan sempurna maka
disitulah tercapainya tauhidul ibadah karena asas tauhidul ibadah adalah
tauhidullah yang mantap.
Hasyiah
Tauhidullah -
Ikhlas.
Sarahan
:
Mentauhidkan
Allah secara ikhlas dalam segala pengertian rububiyah, mulkiyah dan uluhiyahnya
menjadi kan kita seorang yang betul-betul beriman kepada Allah secara sahih.
Dalil
:
·
Q.112:1-3,
Katakanlah Muhammad, Dialah Allah Yang Maha Esa. Allah tempat pergantungan. Dia tidak beranak dan tidak pula
diperanakkan.
·
Q.38:83,
Kecuali hamba-hambaMu yang ikhlas diantara mereka.
1. Mengingkari Thagut.
Sarahan :
Unsur pertama di dalam
mentauhidkan Allah secara ikhlas adalah unsur penolakan iaitu tercetus dalam
hati rasa keingkaran terhadap thagut.
Hati tidak dapat menerima kehadiran thagut lantaran iman kepada Allah.
Dalil :
·
Q.2:256,
Sesiapa yang mengkufuri thagut dan beriman kepada Allah, sesungguhnya dia telah
berpegang dengan tali yang teguh.
·
Q.4:60,
Mereka hendak meminta hukum kepada thagut sedang mereka disuruh kufur terhadap
thagut. Syaitan menghendaki supaya dia
dapat menyesatkan mereka dengan kesesatan yang jauh.
1.1. Menjauhi
Thagut.
Sarahan :
Bukan sekedar perasaan dalaman
sahaja mengingkari thagut bahkan secara lahiriahnya juga berusaha sedaya
mungkin menepati tuntutan tersebut dalam apa juga hal.
Dalil :
·
Q.16:36,
Hendaklah kamu sembah Allah dan jauhilah thagut.
·
Q.39:16-18,
Orang-orang yang menjauhi dari menyembah thagut dan kembali kepada Allah untuk
mereka itu kabar gembira. Maka berilah
kabar gembira kepada hamba-hambaKu.
1.2. Tidak
Adanya Syirik.
Sarahan :
Apabila kita telah melengkapi
ciri-ciri ini, dimana hati kita menolak thagut dan amal perbuatan kita juga
tidak selari dengan jalan thagut bahkan menyisih diri darinya maka pergantungan
kita hanyalah semata-mata kepada Allah azzawajalla. Kita tidak lagi mensyirik kan Allah dengan
sesuatu yang lain.
Dalil :
·
Q.39:3,
Ingatlah, (Hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat dan
bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik). Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain
dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata) : “Kami tidak
menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada
Allah sehampir-hampirnya”, sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka
(dengan orang orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka
berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah
tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta
(mengatakan yang bukan-bukan), lagi senantiasa kufur (dengan melakukan syirik).
·
Q.39:11,
Katakanlah lagi (wahai Muhammad) : “Sesungguhnya aku diperintahkan supaya
menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat kepadaNya”.
·
Q.39:14,
Katakanlah lagi : “Allah jualah yang aku sembah dengan mengikhlaskan amalan
agamaku kepadaNya”.
2. Iman Terhadap Allah.
Sarahan :
Unsur
kedua di dalam mentauhidkan Allah secara ikhlas adalah unsur penerimaan iaitu
unsur menerima keimanan kepada Allah sepenuh hati. Keimanan yang jitu tidak akan menempati
dihati jika unsur pembersihan dari karat-karat keyakinan kepada thagut tidak
dibasmikan.
Dalil :
·
Q.2:256,
Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), karena sesungguhnya telah nyata
kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur).
Oleh itu sesiapa yang tidak percayakan thogut, dan ia pula beriman
kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama)
yang teguh yang tidak akan putus. Dan
(ingatlah), Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
2.1. Mengabdikan
Diri Hanya Kepada Allah.
Sarahan :
Bukti kepada penerimaan hati
terhadap keimanan kepada Allah tidak akan dapat dilihat kecuali dengan
pengabdian diri yang sepenuhnya kepada Allah SWT. Tidak tunduk atau taat melainkan apa yang
bersesuaian dengan tuntutan keimanan kepada Allah SWT.
Dalil :
·
Q.16:36,
Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap ummat seorang
Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka) : “Hendaklah kamu menyembah
Allah dan jauhilah Thagut”. Maka di
antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah
petunjuk oleh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian
lihatlah bagaimana buruknya kesudahan ummat-ummat yang mendustakan
Rasul-Rasulnya.
2.2. Mengesakan
Allah dalam Beribadah.
Sarahan :
Dalam ibadah-ibadah yang
dilakukan senantiasa mengesakan Allah.
Tidak mencampur-aduk kan dengan perihal-perihal lain yang boleh membawa
arti syirik, riya’ dan sebagainya seperti beribadah supaya dipuji orang dan
seterusnya.
Dalil :
·
Q.98:5,
Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan
mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh diatas tauhid dan supaya
mereka mendiri kan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar.
B-5.3. AKHTAR
SYIRIK
Objektif
1.
Dapat
mengenali jenis-jenis thagut sehingga dapat menjauhkan diri darinya.
2.
Dapat
mengenali bahaya-bahaya akibat dari syirik serta janji-janji dari Allah
terhadap mereka yang syirik.
Sinopsis
Pengenalan
kepada bentuk-bentuk thagut akan dapat menghindarkan diri dari bahayanya karena
fenomena syirik berkait rapat antara satu sama lain. Jahil terhadap thagut-thagut ini membuka
kemungkinan yang cukup besar kepada semua orang untuk menjadi syirik kepada
Allah. Dalam keadaan tahupun ramai
manusia boleh menjadi syirik, apalagi jahil.
Fenomena ini perlu sekali disadari karena hakikat syirik ini amat besar
bahaya kepada manusia baik kesannya sewaktu di dunia maupun pada hari
pembalasan yang sebenar.
Hasyiah
1. Definisi Thagut.
Sarahan :
Segala sesuatu yang diabdikan selain Allah dan dia redha
diibadahi.
Dalil :
·
Q.96:6-8,
Ingatlah, Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya
atau yang sewajibnya). Dengan sebab ia
melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya. (Ingat lah) sesungguhnya kepada Tuhanmu lah
tempat kembali (untuk menerima balasan).
·
Q.79:17,
(Lalu diperintahkan kepadanya) : “Pergilah kepada Fir’aun, sesungguhnya ia
telah melampaui batas (dalam kekufuran dan kezalimannya)”.
1.1. Syaitan.
Sarahan :
Syaitan adalah musuh
manusia. Ia mempunyai jalan-jalan menuju
jiwa setiap mahluk dan memberikan kesan yang besar kecuali mereka yang
dilindungi oleh Allah. Jalan-jalan yang
dimiliki itu adalah ruang-ruang kelemahan yang ada pada manusia itu sendiri
dalam bentuk keinginan dan juga syahwat (hissi) maupun maknawi iaitu jalan yang
tidak dapat dirasakan.
Dalil :
·
Q.36:60,
“Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan
menyembah syaitan ? Sesungguhnya ia
musuh yang nyata terhadap kamu”.
1.2. Pemerintah
Zalim.
Sarahan :
Antara bentuk thagut juga adalah
penguasa-penguasa yang zalim tidak merujuk kepada hukum-hukum dan panduan
daripada Allah di dalam pemerintahannya.
Dalil :
·
Q.5:44,
Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan
cahaya yang menerangi, dengan Kitab itu nabi-nabi yang menyerah diri (kepada
Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama
mereka dan pendeta-pendetanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka
diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat)
itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sembarang
perubahan). Oleh itu janganlah kamu
takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri
dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu), dan janganlah kamu menjual
(membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (karena mendapat rasuah,
pangkat dan lain-lain keuntungan dunia), dan sesiapa yang tidak menghukum
dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (karena mengingkarinya), maka
mereka itulah orang-orang kafir.
·
Q.5:45,
Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa
dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan
hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan
luka-luka hendaklah dibalas (seimbang).
Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia
penebus dosa baginya, dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah
diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
·
Q.5:47,
Dan hendaklah Ahli Kitab Injil menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh
Allah di dalamnya, dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan
oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.
1.3. Hukum
Jahiliyah.
Sarahan :
Diantara bentuk thagut juga
adalah hukum-hukum yang melampaui batas yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
Dalil :
·
Q.4:60,
Tidakkah engkau (heran) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang
mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Qur’an yang telah diturunkan
kepadamu dan kepada (Kitab-Kitab) yang telah diturunkan duhulu daripadamu ? Mereka suka hendak berhakim kepada Thagut,
padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Thagut itu. Dan Syaitan pula senantiasa hendak
menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh.
·
Q.5:50,
Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah
? Padahal kepada orang-orang yang penuh
keyakinan – tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih daripada
Allah.
1.4. Dukun
dan Tukang Sihir.
Sarahan :
Amalan-amalan sihir adalah amalan
yang bertentangan dengan ajaran Al-Qur’an karena pergantungan di dalam amalan
sihir adalah kepada selain Allah seumpama hantu raya, polong, ilmu hitam dan
sebagainya. Amalan sihir ini dipelopori
oleh Iblis laknatullah. Ia merupakan
sebahagian bentuk thagut.
Dalil :
·
Q.72:6,
Dan bahwa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari
manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada
ketua-ketua golongan jin, karena dengan permintaan itu mereka menjadikan
golongan jin bertambah sombong dan jahat,
·
Q.2:102,
Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang
dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal
Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan
tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya), karena
merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada
dua malaikat : Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua
tidak mengajar seseorangpun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan
berkata : “Sesungguhnya kami ini hanyalah cobaan (untuk menguji imanmu), oleh
itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)”. Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari
dari mereka berdua ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami
dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat
(atau membahayakan) dengan sihir itu seseorangpun melainkan dengan izin
Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari
perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada
mereka. Dan demi sesungguhnya mereka
(kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir
itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang
mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.
1.5. Berhala.
Sarahan :
Disebut di dalam Al-Qur’an
sebagai “awthaanan” atau “ashnaman” iaitu setiap sesuatu yang mati tidak
memiliki ruh samada dalam bentuk ketulan kayu maupun batu-batu yang dibentuk.
Dalil :
·
Q.4:117,
Apa yang mereka sembah yang lain dari Allah itu, hanyalah berhala-berhala
(mahluk mahluk yang lemah), dan mereka (dengan yang demikian) tidak menyembah
melainkan Syaitan yang durhaka.
·
Q.14:35-36,
Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku!
Jadikanlah negeri Mekkah ini negeri yang aman, dan jauhkanlah daku dan
anak-anakku dari perbuatan menyembah berhala.
Wahai Tuhanku, berhala-berhala itu telah menyebabkan sesat banyak
diantara manusia. Oleh itu, siapa yang
menurutku (dalam Islam yang menjadi peganganku) maka ia adalah dari golonganku;
dan siapa yang mendurhaka kepadaku (dengan menyalahi agamaku), maka
sesungguhnya engkau Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihi (kiranya ia insaf dan
bertaubat).
2. Bahaya Syirik.
Sarahan :
Risalah Rasulullah SAW adalah
supaya manusia menyambah Allah dan menjauhkan taghut. Kedua prinsip ini adalah tetap dari dahulu
hingga sekarang karena ia merupakan perkara asasi dalam kehidupan manusia
sebagai hamba Allah. Sembarangan
perlanggaran terhadap prinsip ini mempunyai amaran-amaran dan peringatan yang
keras dari Allah SWT.
2.1. Kezaliman
yang besar.
Sarahan :
Allah SWT telah memberikan
peringatan kepada manusia bahwa apa yang mereka kerjakan daripada amalan-amalan
syirik, itu merupakan perbuatan zalim yang besar tidak ada keampunan daripada
Allah SWT. Oleh itu insan perlu menjauni
bahaya syirik ini untuk mendapatkan keridhoanNya.
Dalil :
·
Q.31:13,
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat
kepadanya : “Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah
(dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu
kezaliman yang besar”.
2.2. Tidak
Mendapat Keampunan.
Sarahan :
Manusia bersifat pelupa
senantiasa dibukakan pintu keampunan oleh Allah yang bersifat Maha Pengampun
dan Maha Pemurah. Tetapi di dalam
masalah syirik ini, Allah tidak memberikan pengampunan kepada sesiapa yang
mensyirikkan Allah.
Dalil :
·
Q.4:48,
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya
(dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi
sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah
(dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang
besar.
·
Q.4:116,
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukan Nya
dengan sesuatu (apajua), dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan
(syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan
hukum-hukumNya), dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu
(apajua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.
2.3. Dosa
Yang Besar.
Sarahan :
Amalan syirik adalah tergolong di
dalam dosa-dosa besar yang telah ditegaskan dengan jelas oleh Allah di dalam
Al-Qur’an dan hadits-hadits Rasulullah SAW.
Dalil :
·
Q.4:48,
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya
(dengan sesuatu apajua) dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi
sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah
(dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang
besar.
2.4. Kesesatan
Yang Jauh.
Sarahan :
Apabila manusia mensyirikkan
Allah dengan sesuatu yang lain, maka manusia itu telah berada jauh dari
petunjuk yang sebenar dan suasana itu adalah kesesatan yang amat jauh. Bila berterusan dalam suasana itu semakin
jauh mereka diseret oleh syaitan dan semakin gelas mereka dari panduan yang
sebenar.
Dalil :
·
Q.4:60,
Tidakkah engkau (harian) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang
mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Qur’an yang telah diturunkan
kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu
? Mereka suka hendak berhakim kepada
Thagut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Thagut
itu. Dan Syaitan pula senantiasa hendak
menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh.
·
Q.4:116,
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutui Nya
dengan sesuatu (apajua), dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan
(syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan
hukum-hukumNya), dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu
(apajua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.
2.5. Diharamkan
Syurga.
Sarahan :
Allah SWT telah berjanji bahawa
sesiapa yang mempersekutukanNya dengan sesuatu yang lain maka diharamkan
untuknya syurga Allah.
Dalil :
·
Q.5:72,
Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata : “Bahwasanya Allah
ialah Al Masih Ibni Maryam”. Padahal Al
Masih sendiri berkata : “Wahai Bani Israil !
Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, bahawasanya sesiapa yang
mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah
haramkan kepadanya Syurga dan tempat kembalinya ialah neraka, dan tiadalah
seorang penolongpun bagi orang-orang yang berlaku zalim”.
2.6. Masuk
Neraka.
Sarahan :
Bukan sahaja diharamkan syurga
bagi mereka yang mempersekutukan Allah, bahkan pastinya mereka ditempatkan oleh
Allah di dalam neraka jahanam.
Dalil :
·
Q.5:72,
Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata : “Bahwasanya Allah
ialah Al Masih Ibni Maryam”. Padahal Al
Masih sendiri berkata : “Wahai Bani Israil !
Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, bahawasanya sesiapa yang
mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah
haramkan kepadanya Syurga dan tempat kembalinya ialah neraka, dan tiadalah
seorang penolongpun bagi orang-orang yang berlaku zalim”.
2.7. Dihapuskan
Amal.
Sarahan :
Mereka yang mempersekutukan Allah
berada di dalam kerugian karena hitungan amal-amal kebaikan yang mereka
kerjakan selama ini akan terhapus dengan karena mereka mensyirikkan Allah.
Dalil :
·
Q.39:65,
Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada
Nabi-nabi yang terdahulu daripadamu : “Demi sesungguhnya, jika engkau (dan
pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah
akan gugur amalmu dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang yang rugi”.
·
Q.6:88,
Yang demikian itu ialah petunjuk Allah, yang dengannya Ia memimpin sesiapa yang
dikehendakiNya dari hamba-hambaNya, dan kalau mereka sekutukan (Allah dengan
sesuatu yang lain) niscaya gugurlah dari mereka, apa yang mereka telah lakukan
(dari amal-amal yang baik).
B-6. AL HAYAT FI
ZILALI TAUHID
Objektif
1.
Memahami
ruang pembahasan dalam tauhid dengan benar tanpa penyelewengan sesuai dengan
manhaj salafus soleh.
2.
Memahami
empat bentuk tauhidullah yang menjadi misi ajaran Islam di dalam Al-Qur’an
maupun sunnah asma wa sifat, rububiyah, mulkiyah dan uluhiyah.
3.
Memahami
dan termotivasi untuk melaksanakan sikap yang menjadi tuntutan utama dari
setiap empat tauhid tersebut.
Sinopsis
Kehidupan di bawah bayangan tauhid merupakan kehidupan
yang dilalui oleh generasi pertama dibawah bimbingan Rasulullah SAW. Untuk kita memastikan generasi ini mempunyai
kekuatan bermodelkan pimpinan Rasulullah, maka perkara pertama mestilah
dipastikan persoalan tauhid ini cukup jelas dan serasi dengan manhaj yang
dipakai oleh salafus soleh. Jelas
tentang zat Allah, sifat-sifatNya, Asma’Nya dan juga Af’alNya. Dari kejelasan ini membentuk tauhid yang
jelas terhadap Allah dari segi asma dan sifat, rububiyah, mulukiyah dan juga
uluhiyah Allah. Kesemua ini dirangkumkan
di dalam kata syahadat Laa ilaha illa Allah.
Dari sini terbentuk hubungan yang murni dan penuh kecintaan dengan
Allah, Allah sebagai Rabb yang dijadikan pergantungan, Allah sebagai raja yang
ditaati sepenuhnya dan akhirnya sebagai Ilah yang diabdikan diri
kepadanya. Dalam konsep-konsep seperti
inilah terbentuknya kehidupan yang baik seperti yang digarapkan oleh Rasulullah
SAW.
Hasyiah
1. Allah.
Sarahan :
Perbahasan tentang ketuhanan
Allah SWT terbahagi kepada beberapa bahagian diantaranya ialah zat, sifat,
asma’ dan af’al Allah. Disamping itu
bagaimana hubungan antara hamba dengan Tuhannya.
1.1. Zat.
Sarahan :
Zat Allah SWT adalah lebih besar
dari apa yang dapat ditanggapi oleh pemikiran manusia karena akal dan pemikiran
manusia amat terhad dan terbatas. Banyak
contoh yang manusia dapat memanfaatkan sesuatu tetapi tidak tahu bagaimanakah
hakikat sesuatu bahkan mengetahuinya tidak membawa apa-apa faedah itu seperti
hakikat aliran elektrik dan magnet.
Cukup hanya kita mengetahui ciri-ciri khususnya yang boleh memberikan
manfaat kepada kita. Kalau kita
perbahaskan sesuatu yang tidak kita ketahui, kalam dan ungkapan kita boleh
membawa fitnah kepada diri kita sendiri.
Oleh itu Rasulullah SAW menegah daripada kita berfikir tentang zat
Allah.
Dalil :
·
Q.42:11,
Dia lah yang menciptakan langit dan bumi, Ia menjadikan bagi kamu
pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, dan menjadikan dari jenis
binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi binatang-binatang itu), dengan
jalan yang demikian dikembangkan Nya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan
(ZatNya, sifat-sifatNya dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar,
lagi Maha Melihat.
·
Q.6:103,
Ia tidak dapat dilihat dan diliputi oleh penglihatan mata, sedang Ia dapat
melihat (dan mengetahui hakikat) segala penglihatan (mata), dan Dia lah Yang
Maha Halus (melayan hamba-hambaNya dengan belas kasihan), lagi Maha Mendalam pengetahuanNya.
1.2. Sifat.
Sarahan :
Apabila kita memerhati
mahluk-mahluk yang ada di sekeliling kita termasuk diri kita sendiri, kita
dapati ia merupakan ciptaan yang begitu unik dengan susunan dan sistem-sistem
yang berjalan dengan teratur, ikatan antara satu sama lain begitu efektif dan
sebagainya itu semua akan membawa kepada kita isyarat bahawa Pencipta dan
Pentadbir alam ini pastinya dengan yakin memiliki seluruh sifat-sifat
kekurangan. Al-Qur’an menyebut sesetengah
sifat yang wajib bagi Allah yang menyempurnakan uluhiyahnya.
Dalil :
·
Q.7:180,
Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan
berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang
yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa
yang mereka telah kerjakan.
·
Q.17:110,
Katakanlah (wahai Muhammad) : “Serulah nama “Allah” atau nama “Ar Rahman”, yang
mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua itu adalah baik belaka), karena Allah
mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia”. Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa
atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja
satu cara yang sederhana antara itu.
1.3. Asma.
Sarahan :
Allah SWT telah memperkenalkan
dirinya kepada mahluk-mahluknya dengan beberapa nama dan sifat yang layak
dengan Keagungan dan KehebatanNya.
Sebaik-baiknya seorang mukmin itu menghafalnya karena padanya ada
keberkatan, baik untuk diingati dan membesarkan kedudukanNya.
Dalil :
·
Hadits,
diriwayatkan dari Abu Hurairah RA katanya, sabda Rasulullah SAW : Bagi Allah
itu sembilan puluh sembilan nama, seratus kecuali satu, tidaklah seseorang itu
menghafalnya melainkan masuk syurga.
Allah itu witir sukakan yang witir.
·
Q.7:180,
Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan
berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang
yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang
mereka telah kerjakan.
1.4. Af’al.
Sarahan :
Allah SWT berkuasa melakukan apa
yang Dia kehendaki dan tidak ada sesiapapun yang berhak bertanya dan persoalkan
apa yang Allah kehendaki bahkan perbuatan manusia yang akan dipersoalkan oleh
Allah. Jika Allah menghendaki kebaikan
maka tidak siapa yang boleh menghalang dan begitu juga jika Allah menghendaki
kemudaratan tidak ada siapa yang boleh menghalangnya.
Dalil :
·
Q.85:16,
Yang berkuasa melakukan segala yang dikehendakinya.
·
Q.21:23,
Ia tidak boleh ditanya tentang apa yang Ia lakukan, sedang merekalah yang akan
ditanya kelak.
2. Macam-Macam Tauhid.
Sarahan :
Perbahasan tentang Allah SWT
adalah perbahasan untuk mentauhidkan Allah pada asma, sifat, af’al, rububiyah
dan uluhiyahNya.
2.1. Asma
dan Sifat.
Sarahan :
Mengesakan hanya kepada Allah
yang memiliki nama-nama dan sifat-sifat kesempurnaan mutlak. Tidak ada sembarang kekurangan dan kecacatan
pada Allah.
Dalil :
·
Q.1:1,
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
2.2. Rububiyah.
Sarahan :
Kalimah Rabb itu membawa beberapa
makna antaranya ialah Tuan, Pemilik sesuatu, yang Mengadakan sesuatu, yang
Mengurus sesuatu, yang Mendidik yang lain, yang Menjamin kepentingan
manusia. Kesemua pengertian ini tidak
dimiliki secara hakikat dan sempurnanya melainkan Allah SWT. Adapun yang lain itu adalah marbub dan
mahluk.
Dalil :
·
Q.1:2,
Segala puji tertentu pagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan
sekalian alam.
·
Q.114:1,
Katakanlah (wahai Muhammad) : “Aku berlindung kepada (Allah) pemelihara
sekalian manusia”.
·
Q.7:54,
Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam
masa, lalu Ia bersemayam diatas Arasy.
Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih
berganti) dan (Ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang,
(semuanya) tunduk kepada perintahNya.
Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian
mahluk) dan urusan pemerintahan. Maha
Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.
2.3. Mulkiyah.
Sarahan :
Tauhid mulkiyah adalah mengesakan
hanya kepada Allah yang memiliki kuasa pemerintahan yang sebenarnya di langit
dan di bumi dan atas setiap segala sesuatu.
Dalil :
·
Q.3:26,
Katakanlah (wahai Muhammad) : “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa
pemerintahan. Engkaulah yang memberi
kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang
Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau
kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah
sahaja adanya segala kebaikan.
Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
·
Q.3:189,
Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintah langit dan bumi dan Allah Maha Kuasa
atas tiap-tiap sesuatu.
·
Q.62:2,
Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin,
seorang Rasul (Nabi Muhammad SAW) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan
kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan
kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta
mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Qur’an) dan Hikmah (pengetahuan yang
mendalam mengenai hukum-hukum syarak).
Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah
dalam kesesatan yang nyata.
2.4. Uluhiyah.
Sarahan :
Kalimah Ilah berarti yang
disembah samada secara haq maupun batil.
Maka tauhid uluhiyah membawa arti memberikan hak penyembahan dan
pengabdian diri semata-mata kepada Allah SWT.
Ibadah kepada Allah ini berasaskan kasih sayang sepenuhnya kepada Allah
dan ketundukan mutlak hanya kepada Allah.
Dalil :
·
Q.1:5,
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami
memohon pertolongan.
·
Q.114:3,
Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia.
3. Terangkum Dalam Kalimat
Laa Ilaha illa Allah.
Sarahan :
Keempat-empat tauhid tersebut
(asma wa sifat, rububiyah, mulkiyah dan uluhiyah) adalah merupakan inti kepada
tuntutan yang terkandung di dalam syahadah Laa ilaha illa Allah. Dengan tauhid ini, maka terbentuk hubungan
yang khusus di antara manusia dengan Allah SWT.
3.1. Allah
sebagai Kecintaan.
Sarahan :
Hubungan orang-orang yang beriman
dengan Allah adalah hubungan kecintaan karena Allah memiliki sifat penyayang
dan pengasih yang sempurna. Allah
memiliki segala kesempurnaan maka paling layaklah Allah dicintai dan dikasihi.
Dalil :
·
Q.2:165,
(Walaupun demikian), ada juga diantara manusia yang mengambil selain dari Allah
(untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan
mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah, sedang orang-orang yang
beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah.
Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu
mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa
sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan
bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab siksaNya, (niscaya mereka tidak
melakukan kezaliman itu).
·
Q.8:2,
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka
yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gemetarlah hati mereka,
dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah
iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.
3.2. Rabb
yang Dimaksudkan.
Sarahan :
Allah menjadikan manusia adalah
supaya manusia mengabdikan dirinya kepada Allah. Oleh karena itu seluruh hidup adalah untuk
Allah. Allah menjadi matlamat dan
pengharapan kita.
Dalil :
·
Q.6:162,
Katakanlah : “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku
hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
3.3. Raja
yang Ditaati.
Sarahan :
Mukmin yang memahami tuntutan Laa
ilaha illa Allah dan mencapai tauhid ini senantiasa merasakan bahawa Allah
adalah penguasa hakiki yang wajib ditaati sepenuhnya.
Dalil :
·
Q.4:59,
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu
kepada Rasulullah dan kepada Ulil Amri (orang-orang yang berkuasa) dari
kalangan kamu. Kemudian jika kamu
berbantah-bantah (berselisih) dalam suatu perkara, maka hendaklah kamu
mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Qur’an) dan (Sunnah) RasulNya, jika
kamu benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu)
dan lebih elok pula kesudahannya.
3.4. Ilah
yang Diabdi.
Sarahan :
Mukmin yang memahami tuntutan
tauhid ini juga meyakini bahawasanya tidak ada lagi dalam alam ini suatu ilah
yang lain selain Allah karena Dialah yang memiliki seluruh kesempurnaan dan
kehebatan.
Dalil :
·
Q.51:56,
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka
menyembah dan beribadat kepadaKu.
4. Tercapai Kehidupan Yang
Baik.
Sarahan :
Bersandarkan tauhid kepada Allah
dalam semua aspek-aspek yang telah disebutkan di atas maka seorang mukmin itu
berada di atas landasan yang benar dan sebenar serasi dengan tuntutan aturan
semula jadi alam yang telah ditentukan oleh Allah. Hidupnya membawa kebaikan kepada alam sejagat
dan mahluk-mahluk yang lain bahkan Allah sendiri menjanjikan balasan kepada
mereka dengan kehidupan yang baik dan ganjaran yang tinggi.
Dalil :
·
Q.16:97,
Sesiapa yang beramal soleh dari lelaki atau perempuan sedang ia beriman, maka
sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik, dan
sesungguhnya kami akan membalas mereka dengan memberikan pahala yang lebih baik
dari apa yang mereka telah kerjakan.
B-7. MAANI
LAA ILAHA ILLA ALLAH
Objektif
1.
Memahami
pengertian Laa ilaha illa Allah secara benar, jelas dan menyeluruh.
2.
Tertanamnya
keyakinan yang kuat terhadap Allah sehingga terlepas dari ketergantungan kepada
selainNya.
3.
Termotivasi
untuk mewujudkan akhlak yang sesuai dengan pemahaman ini.
Sinopsis
Dalam
ucapan syahadah yang kita ungkapkan terkandung beberapa pasal yang sering
dibincangkan. Antaranya ialah kalimah
(Laa) yang menafikan langsung ketuhanan dan ciri-ciri ketuhanan segala sesuatu
yang wujud di atas alam ini dalam apa juga rupa melainkan ketuhanan Allah SWT
dengan segala kesempurnaannya. Penafian
yang melibatkan segala sifat-sifat ini adalah sebagai membersihkan tapak
kesempurnaannya. Penafian yang
melibatkan segala sifat-sifat ini adalah sebagai membersihkan tapak akidah dari
segala syubhat ketuhanan selain dari Allah.
Tujuannya ialah menta’kidkan bahawa segala-gala arti dan hakikat
ketuhanan itu hanyalah ada pada Allah.
Dari sini binaan akidah menjadi jelas kepada mukmin.
Hasyiah
1. Tiada Ilah selain
Allah.
Sarahan :
Menafikan seluruh ketuhanan pada
yang lain selain Allah. Menafikan
kesempurnaan mereka dan menafikan hak pengabdian selain dari Allah. Mengitsbatkan keesaan dan kesempurnaan
semata-mata.
2. Tiada Khalik selain
Allah.
Dalil :
·
Q.25:2,
Tuhan yang menguasai pemerintahan langit dan bumi dan yang tidak mempunyai
anak, serta tidak mempunyai sembarang sekutu dalam pemerintahanNya, dan Dia lah
yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan mahluk-mahluk itu
dengan ketentuan takdir yang sempurna.
3. Tiada Pemberi Rizki
selain Allah.
Dalil :
·
Q.51:57-58,
Aku tidak sekali-kali menghendaki sembarang rizki pemberian dari mereka, dan
Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang
Memberi Rizki (kepada sekalian mahlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang Mempunyai
Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.
4. Tiada Pemilik selain
Allah.
Dalil :
·
Q.4:131-132,
Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan demi
sesungguhnya, Kami telah perintahkan orang-orang yang diberi Kitab dahulu
daripada kamu, dan juga (perintahkan) kamu, iaitu hendaklah bertakwa kepada
Allah, dan jika kamu kufur ingkar, maka (ketahuilah) sesungguhnya Allah jualah
yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan (ingatlah)
adalah Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.
Dan bagi Allah jualah apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan
cukuplah Allah sebagai Pengawal (yang mentadbirkan dan menguasai
segala-galanya).
5. Tiada Raja/Tiada
Kerajaan selain untuk Allah.
Dalil :
·
Q.62:1,
Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi senantiasa mengucap tasbih
kepada Allah Yang Menguasai (sekalian alam), Yang Maha Suci, Yang Maha Kuasa,
lagi Maha Bijaksana.
·
Q.36:83,
Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap subhaanallah), Tuhan yang
memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNyalah kamu semua
dikembalikan.
·
Q.67:1,
Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan
(dunia dan akhirat), dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
·
Q.3:189,
Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintah langit dan bumi, dan Allah Maha Kuasa
atas tiap-tiap sesuatu.
6. Tiada Pembuat Hukum
selain Allah.
Dalil :
·
Q.12:40,
Apa yang kamu sembah, yang selain dari Allah, hanyalah nama-nama yang kamu
menamakannya, kamu dan datuk nenek kamu, Allah tidak pernah menurunkan
sembarang bukti yang membenarkannya.
Sebenarnya hukum (yang menentukan amal ibadat) hanyalah bagi Allah. Ia memerintahkan supaya kamu jangan menyembah
melainkan Dia. Yang demikian itulah
agama yang betul, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
·
Q.6:114,
(Katakanlah wahai Muhammad) : “Patutkah aku (terpedaya dengan kata-kata dusta
syaitan-syaitan itu sehingga aku) hendak mencari hakim selain dari Allah, padahal
Dia lah yang menurunkan kepada kamu kitab Al-Qur’an yang jelas nyata
kandungannya satu-persatu (tentang yang benar dan yang salah) ?”. Dan orang-orang yang Kami berikan kitab,
mengetahui bahawa Al-Qur’an itu adalah diturunkan dari Tuhanmu dengan sebenar-benarnya. Oleh itu, janganlah sekali-kali engkau
menjadi (salah seorang) dari golongan yang ragu-ragu.
·
Q.33:36,
Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, apabila
Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara (tidaklah
harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan
mereka. Dan sesiapa yang tidak taat
kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan
kesesatan yang jelas nyata.
·
Q.28:68,
Dan Tuhanmu menciptakan apa yang dirancangkan berlakunya, dan Dia lah juga yang
memilih (satu-satu dari mahlukNya untuk sesuatu tugas atau keutamaan dan
kemuliaan), tidaklah layak dan tidaklah berhak bagi sesiapapun memilih (selain
dari pilihan Allah). Maha Suci Allah dan
Maha Tinggilah keadaanNya dari apa yang mereka sekutukan denganNya.
·
Q.45:18,
Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau)
menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum agama, maka
turutlah Syariat itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang
tidak mengetahui (perkara yang benar).
·
Q.42:20,
Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat,
Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya, dan sesiapa
yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami
beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekedar yang Kami tentukan), dan ia
tidak akan beroleh sesuatu bahagianpun di akhirat kelak.
·
Q.6:137,
Dan demikianlah juga (jahatnya) ketua-ketua yang orang-orang musyrik itu
jadikan sekutu bagi Allah, menghasut kebanyakan dari mereka dengan kata-kata
indah yang memperlihatkan eloknya perbuatan membunuh anak-anak mereka, untuk
membinasakan mereka, dan untuk mengelirukan mereka mengenai agama mereka. Dan kalau Allah kehendaki, niscaya mereka
tidak melakukannya. Oleh itu biarkanlah
mereka dan apa yang mereka ada-adakan itu.
7. Tiada Pemerintah selain
Allah.
Dalil :
·
Q.7:54,
Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam
masa lalu. Ia bersemayam di atas Arasy,
Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih
berganti) dan (Ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta
bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan
menciptakan (sekalian mahluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan
mentadbirkan sekalian alam.
8. Tiada Pemimpin selain
Allah.
Dalil :
·
Q.2:257,
Allah pelindung (yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur)
kepada cahaya (iman). Dan orang-orang
yang kafir, penolong-penolong mereka ialah thagut yang mengeluarkan mereka dari
cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur).
Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
9. Tiada Yang Dicintai
selain Allah.
Dalil :
·
Q.2:165,
(Walaupun demikian), dan juga diantara manusia yang mengambil selain dari Allah
(untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan
mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah, sedang orang-orang yang
beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah.
Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu
mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa
sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan
bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab siksaNya, (niscaya mereka tidak
melakukan kezaliman itu).
10. Tiada Yang Ditakuti
selain Allah.
Dalil :
·
Q.2:40,
Wahai Bani Israil. Kenangkanlah kamu
akan segala nikmat yang telah Kuberikan kepada kamu, dan sempurnakanlah
perjanjian (kamu) denganKu, supaya Aku sempurnakan perjanjianKu dengan kamu,
dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut (bukan kepada
sesuatu yang lain).
·
Q.9:18,
Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah
orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat serta mendirikan
sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan
adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari
golongan yang mendapat petunjuk.
11. Tiada Yang Diharapkan
selain Allah.
Dalil :
·
Q.94:8,
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan
ingini).
·
Q.18:110,
(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu
mereka berdoa : “Wahai Tuhan kami.
Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan
serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami”.
12. Tiada Yang Memberi
Manfaat atau Mudhorat selain Allah.
Dalil :
·
Q.6:17,
Dan jika Allah mengenakan (menimpakan) engkau dengan bahaya bencana, maka tidak
ada sesiapapun yang dapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri, dan jika Ia
mengenakan (melimpahkan) engkau dengan kebaikan, maka Ia adalah Maha Kuasa atas
tiap-tiap sesuatu.
·
Hadits.
13. Tiada Yang Menghidupkan
atau Mematikan selain Allah.
Dalil :
·
Q.2:258,
Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang berhujah
membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya, karena Allah
memberikan orang itu kuasa pemerintahan ?
Ketika Nabi Ibrahim berkata : “Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan Yang
mematikan”. Ia menjawab : “Aku juga
boleh menghidupkan dan mematikan”. Nabi
Ibrahim berkata lagi : “Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur,
oleh itu terbitkanlah dia dari barat ?”.
Maka tercenganglah orang kafir itu (lalu diam membisu). Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan
petunjuk kepada kaum yang zalim.
14. Tiada Yang Mengabulkan
Permohonan selain Allah.
Dalil :
·
Q.2:186,
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada
mereka), sesungguhnya Aku (Allah) senantiasa hampir (kepada mereka). Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa
apabila ia berdoa kepadaKu. Maka
hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah
mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.
·
Q.40:60,
Dan Tuhan kamu berfirman : “Berdoalah kamu kepadaKu niscaya Aku perkenankan doa
permohonan kamu. Sesungguhnya
orang-orang yang sombong takabur dari pada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan
masuk neraka jahannam dalam keadaan hina.
15. Tiada Yang Melindungi
selain Allah.
Dalil :
·
Q.16:98,
Oleh itu apabila engkau membaca Al-Qur’an, maka hendaklah engkau terlebih
dahulu memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang kena rejam.
·
Q.72:6,
Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari
manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada
ketua-ketua golongan jin, karena dengan permintaan itu mereka menjadikan
golongan jin bertambah sombong dan jahat.
16. Tiada Yang Wakil selain
Allah.
Dalil :
·
Q.3:159,
Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai
Muhammad), engkau telah bersikap lemah lembut kepada mereka (sahabat-sahabat
dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah
mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu
maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadap mu), dan
mohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermusyawarahlah dengan mereka dalam
urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu, kemudian apabila engkau telah
berazam (sesudah bermusyawarat untuk membuat sesuatu) maka bertakwalah kepada
Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.
·
Q.9:52,
Katakanlah : “(Sebenarnya) tidak ada yang kamu tunggu-tunggu untuk kami
melainkan salah satu dari dua perkara yang sebaik-baiknya (iaitu kemenangan
atau mati syahid), dan kami menunggu-nunggu pula untuk kamu bahawa Allah akan
menimpakan kamu dengan azab dari sisiNya, atau dengan perantaraan tangan kami. Oleh itu tunggulah, sesungguhnya kami juga
menunggu-nunggu bersama-sama kamu”.
17. Tiada Daya dan Kekuatan
selain Allah.
Dalil :
·
Q.6:17,
Dan Dialah yang berkuasa atas sekalian hambaNya (dengan tadbir dan takdir) dan
Dialah Yang Maha Bijaksana serta Amat Mendalam PengetahuanNya.
18. Tiada Yang Agung selain
Allah.
19. Tiada Yang Dimohonkan
Pertolongannya selain Allah.
Dalil :
·
Q.1:5,
Engkaulah sahaja (ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami
memohon pertolongan.
B-8.1. MAHABBATULLAH
Objektif
1.
Mengerti
perbedaan cinta kepada Allah dengan cinta kepada selainNya serta menjadikan
cinta kepada Allah diatas segala-galanya.
2.
Menyadari
pentingnya melandasi seluruh aktiviti hidup dengan kecintaan kepada Allah,
Rasul dan perjuangan.
3.
Merasakan
kecintaan Allah pada orang-orang mukmin dan wajibnya mencintai sesuatu secara
minhaji.
Sinopsis
1. Hakikat Cinta.
1.1. Cinta
Yang Syarie Dasarnya Iman.
Sarahan :
Cinta seorang mukmin itu lahir
dari ketulusan imannya kepada Allah SWT, bukan semata-mata memenuhi runtunan
nafsu dan iblis karena iblis membawa manusia kepada kehancuran sedang Allah
mengajak manusia kepada Syurga dan jalan yang lurus.
Dalil :
·
Q.3:15,
Katakanlah (wahai Muhammad) : “Maukah supaya aku kabarkan kepad kamu akan yang
lebih baik daripada semuanya itu ? Iaitu
bagi orang-orang yang bertakwa disediakan disisi Tuhan mereka beberapa Syurga,
yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, mereka kekal didalamnya. Disediakan juga
pasangan-pasangan/isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula)
keredhaan dari Allah”. Dan (ingatlah),
Allah senantiasa Melihat akan hamba-hambaNya.
·
Q.52:21,
Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan
keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan
mereka (di dalam Syurga), dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun
dari pahala amal-amal mereka, tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal
yang dikerjakannya.
·
Q.3:170,
(Dan juga) mereka bersuka cita dengan kurniaan Allah (balasan mati syahid) yang
telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik
mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang
masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka,
(iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik)
terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berduka cita.
1.2. Cinta
Yang Tidak Syarie Dasarnya Syahwat.
Sarahan :
Tanpa sandaran kepada iman dan
kecintaan kepada Allah, manusia akan melakukan sesuatu berdasarkan tuntutan
nafsu semata-mata. Oleh itu cinta tanpa
iman adalah memenuhi tuntutan syahwat semata-mata. Ini bukanlah ciri-ciri peribadatan mukmin
yang yakinkan pembalasan Hari Akhirat.
Dalil :
·
Q.3:14,
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia, kesukaan kepada benda-benda
yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak, harta benda yang
banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda
lagi terlatih, dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat
kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
·
Q.80:34-37,
Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya, dan ibu serta bapaknya, dan
isterinya serta anak-anaknya, karena tiap-tiap seorang dari mereka pada hari
itu ada perkara-perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk dengan hal dirinya
sahaja.
·
Q.43:67,
Pada hari itu sahabat-sahabat karib setengahnya akan menjadi musuh kepada
setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan
takwa (iman dan amal soleh).
2. Ciri-Ciri Cinta.
2.1. Selalu
Teringat-ingat.
Sarahan :
Antara alamat cinta sebenar ialah
seseorang itu senantiasa mengingati orang yang dicintainya. Apa juga yang dilakukan mesti dipikirkan
apakah manfaat kepada yang dicintai, apakah pandangan yang dicintai dan
seterusnya sehingga apa pendirian yang hendak diambil, mesti mengambil kira
orang yang dicintai.
Dalil :
·
Q.8:2,
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka
yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gemetarlah hati mereka,
dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah
iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.
2.2. Mengkagumi.
Sarahan :
Mencintai sesuatu adalah karena
ada aspek-aspek yang dikagumi pada orang yang dicintai. Sama ada karena pemurah atau cantik atau
penyayang atau sebagainya. Begitulah
dalam hubungan cinta dengan Allah, kita senantiasa mengkagumi kehebatan yang
Allah miliki.
Dalil :
·
Q.1:1,
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
2.3. Redha/Rela.
Sarahan :
Ciri cinta juga ialah hati kecil kita meredhai kepada orang yang
dicintai.
Dalil :
·
Q.9:61,
Dan diantara mereka (yang munafik itu) ada orang-orang yang menyakiti Nabi
sambil mereka berkata : “Bahawa dia (Nabi Muhammad) orang yang suka mendengar
(dan percaya pada apa yang didengarnya)”.
Katakanlah : “Dia mendengar (dan percaya) apa yang baik bagi kamu, ia
beriman kepada Allah dan percaya kepada orang mukmin, dan ia pula menjadi
rahmat bagi orang-orang yang beriman di antara kamu”. Dan orang-orang yang menyakiti Rasulullah
itu, bagi mereka azab siksa yang tidak terperi sakitnya.
2.4. Siap
Berkorban.
Dalil :
·
Q.2:207,
Dan diantara manusia ada yang mengorbankan dirinya karena mencari keredhaan
Allah semata-mata dan Allah pula amat belas kasihan akan hamba-hambanya.
2.5. Takut.
Dalil :
·
Q.21:90,
Maka Kami perkenankan doanya, dan Kami kurniakan kepadanya (anaknya) Yahya dan
Kami perelokkan keadaan isterinya yang mandul (untuk melahirkan anak)
baginya. (Kami limpahkan berbagai ihsan
kepada Rasul-rasul itu ialah karena) sesungguhnya mereka senantiasa
berlomba-lomba dalam mengerjakan kebaikan dan senantiasa berdoa kepada kami
dengan penuh harapan serta gerun takut dan mereka pula senantiasa khusyuk (dan
taat) kepada Kami.
2.6. Mengharap.
Dalil :
·
Q.21:90,
Maka Kami perkenankan doanya dan Kami kurniakan kepadanya (anaknya) Yahya dan
Kami perelokkan keadaan isterinya yang mandul (untuk melahirkan anak)
baginya. (Kami limpahkan berbagai ihsan
kepada Rasul-rasul itu ialah karena) sesungguhnya mereka senantiasa
berlomba-lomba dalam mengerjakan kebaikan dan senantiasa berdoa kepada kami
dengan penuh harapan serta gerun takut, dan mereka pula senantiasa khusyuk (dan
taat) kepada Kami.
2.7. Mentaati.
Dalil :
·
Q.4:80,
Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah
dan sesiapa yang berpaling ingkar, maka (janganlah engkau berduka cita wahai
Muhammad), karena Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pengawal (yang memelihara
mereka dari melakukan kesalahan).
3. Hal ini Didapati Pada
Manusia Dalam Mencintai Allah atau Mencintai Selain Allah.
B-8.2. MARATIBUL
MAHABBAH
Sinopsis
1.
Hubungan hati - hanya dengan
benda-benda - utk memanfaatkan
2.
Rasa simpati - pada masa umumnya - utk didakwahi
3.
Curahan hati - untuk kaum muslimin
umumnya - utk persaudaraan Islam
4.
Rasa rindu - dgn mukminin
(keluarga/jamaah) - utk
saling kasih berkasih/cinta
5.
Mesra - dgn Rasulullah dan
Islam - utk
diikuti
6.
Tatayyum (cinta menghamba) - hanya dengan Allah - utk menyembah/mengabdi
diri
B-8.3. LAWAZIM
AL-MAHABBAH
Sinopsis
1. Peringkat Cinta
2. Mencintai siapa-siapa
yang dicintai kekasih
3. Mencintai apa sahaja
yang dicintai kekasih
4. Menghasilkan wala’
5. Membenci siapa sahaja
yang dibenci kekasih
6. Membenci apa sahaja
yang dibenci kekasih
B-9. MA’IYYATULLAH
Objektif
1.
Menyadari
adanya pengawasan dan kesertaan Allah dalam seluruh aktiviti hidupnya.
2.
Termotivasi
untuk meningkatkan iman dan amal soleh karena mengharapkan dukungan Allah.
3.
Menyadari
bahawa perjuangan tidak akan mencapai kejayaan tanpa dukungan Allah.
Sinopsis
1. Kesertaan Allah Umum
(mutlak) Baik Kepada Mukminin Maupun Kafir.
Sarahan :
Kita meyakini bahawa Allah SWT
senantiasa melihat dan tahu segala perkara yang terang maupun yang
tersembunyi. Kesertaan Allah secara umum
ini meliputi semua mahluk baik yang beriman maupun yang kafir.
Dalil :
·
Q.57:4,
Dialah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Ia
bersemayam di atas Arasy. Ia mengetahui
apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar dari padanya, dan apa yang
diturunkan dari langir serta apa yang naik padanya. Dan Ia tetap bersama-sama kamu dimana sahaja
kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.
·
Q.58:7,
Tidakkah engkau memikirkan bahawa sesungguhnya Allah mengetahui segala yang ada
di langit dan yang ada di bumi ? Tiada
berlaku bisikan antara tiga orang melainkan Dialah yang keempatnya dan tiada
(berlaku antara) lima orang melainkan Dialah yang keenamnya, dan tiada yang
kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai, melainkan Ia ada
bersama-sama mereka dimana sahaja mereka berada. Kemudian Ia akan memberitahu kepada mereka
pada hari kiamat apa yang mereka telah kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan
tiap-tiap sesuatu.
·
Q.58:11,
Wahai orang-orang yang beriman. Apabila
diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain)
maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya)
untuk kamu. Dan apabila diminta kamu
bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan derajat orang-orang yang
beriman diantara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari
kalangan kamu) beberapa derajat. Dan
(ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.
2. Mukmin.
1.6. Pengawasan
Allah.
Dalil :
·
Q.50:16-18,
Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui
apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepada
nya daripada urat lehernya. Semasa dua
malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan
dan perbuatannya, yang satu duduk disebelah kanannya, dan yang satu lagi
disebelah kirinya. Tidak ada sembarang
perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada
disisinya malaikat pengawas yang senantiasa sedia (menerima dan menulisnya).
·
Q.89:14,
Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas (terutama balasan akhirat).
·
Q.2:284,
Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di
dalam hati kamu atau kamu menyembunyikannya, niscaya Allah akan menghitung dan
menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia
mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyiksa sesiapa yang
dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas
tiap-tiap sesuatu.
1.7. Kebaikan
Allah.
Dalil :
·
Q.28:77,
Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan
pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu
(keperluan dan bekalanmu) dari dunia, dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba
Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang
melimpah-limpah), dan janganlah engkau melakukan kerusakan dimuka bumi,
sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerusakan.
·
Q.31:20,
Dan datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, (lalu
menyampai kan berita) dengan berkata : “Wahai Musa, sesungguhnya
pegawai-pegawai Fir’aun sedang mengadakan pakatan terhadapmu, mereka hendak
membunuhmu, oleh itu pergilah dari sini, sesungguhnya aku adalah pemberi
nasihat secara ikhlas kepadamu”.
3. Kesertaan Allah Khusus
(bersyarat).
Dalil :
·
Q.26:62,
Nabi Musa menjawab: “Tidak ! Jangan
fikir (akan berlaku yang demikian).
Sesungguhnya aku senantiasa disertai oleh Tuhanku (dengan pemeliharaan
dan pertolongan Nya), Ia akan menunjuk jalan kepadaku”.
·
Q.9:40,
Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir
(di Mekah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari
dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada
sahabatnya : “Janganlah engkau berduka cita, sesungguhnya Allah bersama
kita”. Maka Allah menurunkan semangat
tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentara
(malaikat) yang kamu tidak melihatnya.
Dan Allah menjadikan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan
sehina-hinanya), dan kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi
(selama-lamanya), karena Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
3.1. Iman.
Dalil :
·
Q.16:128,
Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari
Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati
sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan
kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah
jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
3.2. Amal
Soleh.
Dalil :
·
Q.47:7,
Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah niscaya Allah
membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.
·
Q.8:10,
Dan Allah tidak menjadikan (bantuan malaikat) itu melainkan sebagai berita
gembira dan supaya hati kamu tenang tenteram dengannya. Dan kemenangan itu pula hanyalah dari sisi
Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa
lagi Maha Bijaksana.
3.3. Dukungan
Allah.
Dalil :
·
Q.8:9,
(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhan kamu, lalu Ia
perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya) : “Sesungguhnya Aku akan
membantu kamu dengan seribu (bala tentara) dari malaikat yang datang
berturut-turut.
·
Q.3:125,
Bahkan (mencukupi. Dalam pada itu) jika
kamu bersabar dan bertakwa, dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan
serta merta, niscaya Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang
bertanda masing-masing.
·
Q.3:168,
Merekalah juga yang mengatakan tentang hal saudara-saudaranya (yang telah
terbunuh di medan perang Uhud), sedang mereka sendiri tidak turut berperang :
“Kalaulah mereka taatkan kami (turut menarik diri) tentulah mereka tidak
terbunuh”. Katakanlah (wahai Muhammad) :
“Jika demikian, hindarkanlah maut dari diri kamu, jika betul kamu orang-orang
yang benar”.
3.4. Mencapai
Kejayaan.
Dalil :
·
Q.3:185,
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat
sahajalah akan disempurnakan balasan kamu.
Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga
maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan
(ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan
pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang
terpedaya.
4. Kafir.
4.1. Mengingkari
Nikmat Allah.
Dalil :
·
Q.16:83,
Mereka mengetahui nikmat Allah (yang melimpah-limpah itu), kemudian mereka
tergamak mengingkarinya dan kebanyakan mereka pula ialah orang-orang yang kufur
ingkar.
4.2. Lalai.
Dalil :
·
Q.7:179,
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia
yang mempunyai hati (tetapi) tidak mau memahami dengannya (ayat-ayat Allah) dan
yang mempunyai mata (tetapi) tidak mau melihat dengannya (bukti keesaan Allah)
dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mau mendengar dengannya (ajaran dan
nasihat), mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi,
mereka itulah orang-orang yang lalai.
·
Q.18:28,
(Iaitu) mereka yang diambil nyawanya oleh malaikat dalam keadaan mereka
menganiaya diri sendiri (dengan kekufurannya).
Lalu mereka tunduk menyerah (ketika melihat azab sambil berkata) : “Kami
tiada melakukan sesuatu kejahatan”.
(Malaikat menjawab) : “Bahkan (kamu ada melakukannya), sesungguhnya
Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu telah kerjakan”.
4.3. Akibatnya
Bermaksiat Kepada Allah.
B-10. AL-IHSAN
Objektif
1.
Memahami
komitmen moral, operasional dan kualiti operasional dalam Islam.
2.
Termotivasi
untuk berniat dan beramal secara ihsan berdasarkan keyakinan adanya kesertaan
Allah dan pengawasannya.
3.
Menyadari
nilai kasih sayang, pahala dan pertolongan Allah yang dituju oleh setiap muslim
dalam berjihad.
Sinopsis
1. Pengawasan Allah.
Dalil :
·
Q.50:16-18,
Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui
apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat
kepadanya daripada urat lehernya. Semasa
dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala
perkataan dan perbuatannya, yang satu duduk di sebelah kanan nya, dan yang satu
lagi disebelah kirinya. Tidak ada
sembarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya)
melainkan ada disisinya malaikat pengawas yang senantiasa sedia (menerima dan
menulisnya).
·
Q.80:14,
Yang tinggi derajatnya lagi suci (dari segala gangguan).
·
Q.2:284,
Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di
dalam hati kamu atau kamu menyembunyikannya, niscaya Allah akan menghitung dan
menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia
mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyiksa sesiapa yang
dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas
tiap-tiap sesuatu.
2. Kebaikan Allah.
Dalil :
·
Q.28:77,
Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan
pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu
(keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba
Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang
melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerusakan di muka bumi,
sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerusakan.
·
Q.1:3,
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
·
Q.2:29,
Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Ia
menuju dengan kehendakNya kearah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh
langit dengan sempurna dan Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
·
Q.31:20,
Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu
apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kami
nikmat-nikmatNya yang zahir dan yang bathin.
Dalam pada itu ada diantara manusia orang yang membantah mengenai
(sifat-sifat) Allah dengan tidak berdasarkan sembarang pengetahuan atau
sembarang petunjuk dan tidak juga berdasarkan nama-nama Kitab Allah yang
menerangi kebenaran.
3. Niat Yang Ihsan.
Dalil :
·
Q.2:207,
Dan diantara manusia ada yang mengorbankan dirinya karena mencari keredhaan
Allah semata-mata dan Allah pula amat belas kasihan akan hamba-hambanya.
4. Niat Yang Ikhlas.
Dalil :
·
Q.98:5,
Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan
mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh diatas tauhid dan supaya
mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan demikian itulah agama yang benar.
5. Pekerjaan Yang Tertib
dan Penyelesaian Yang Baik.
6. Amal Yang Ihsan.
7. Kecintaan Dari Allah.
Dalil :
·
Q.2:195,
Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) karena (menegakkan) agama Allah, dan
janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan
(dengan bersikap bakhil), dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan)
perbuatan kamu, karena sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha
memperbaiki amalannya.
·
Q.3:134,
Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan
orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan
orang. Dan (ingatlah) Allah mengasihi
orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.
·
Q.3:148,
Oleh itu, Allah memberikan mereka pahala dunia (kemenangan dan nama yang harum)
dan pahala akhirat yang sebaik-baiknya (nikmat Surga yang tidak ada
bandingannya). Dan (ingatlah) Allah
senantiasa mengasihi orang-orang yang berbuat kebaikan.
8. Pahala Dari Allah.
Dalil :
·
Q.3:148,
Oleh itu Allah memberikan mereka pahala dunia (kemenangan dan nama yang harum)
dan pahala akhirat yang sebaik-baiknya (nikmat Surga yang tidak ada
bandingannya). Dan (ingatlah) Allah
senantiasa mengasihi orang-orang yang berbuat kebaikan.
·
Q.16:97,
Sesiapa yang beramal soleh dari lelaki atau perempuan sedang ia beriman, maka
sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik, dan
sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih
dari apa yang mereka telah kerjakan.
9. Pertolongan Allah.
Dalil :
·
Q.16:128,
Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertakwa, dan orang-orang yang
berusaha memperbaiki amalannya.
·
Q.29:69,
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh karena memenuhi
kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami
(yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan), dan sesungguhnya
(pertolongan dan bantuan) Allah adalah beserta orang-orang yang berusaha
memperbaiki amalannya.
B-11. ILMU
ALLAH
Objektif
1.
Memahami
bahawa Allah adalah sumber ilmu dan pengetahuan.
2.
Menyadari
bahawa Allah memberikan ilmu tersebut melalui dua jalan yang membentuk dua
fungsi : pedoman hidup dan juga sarana hidup.
3.
Menyadari
kepentingan kedua bentuk ilmu Allah dalam pengabdian kepada Allah untuk
mencapai takwa.
Sinopsis
Allah
SWT telah mencipta dan menjadikan alam ini seluruhnya lengkap dengan sistem
yang menyeluruh. Antara satu sama lain
ada perkaitan dan manfaatnya yang tersendiri.
Allah yang menjadikan semua isi alam ini dan Dialah Yang Maha Mengetahui
segala perkara dari sekecil-kecil sehinggalah ke sebesar-besarnya. Oleh itu Allah menjadi sumber ilmu dan
pengetahuan yang sebenarnya. Allah
mengajar manusia dengan ilmu-ilmunya menerusi secara formal iaitu wahyu dan
tidak formal iaitu menerusi ilham.
Secara formal menerusi wahyu diturunkan kepada Rasul secara ayat
qauliyah yang menjadi panduan dan manhaj kepada kehidupan manusia. Itu merupakan kebenaran yang mutlak dari
Allah untuk manusia. Manakala secara
tidak formal dilakukan menerusi ilham secara langsung menerusi tafakkur,
tadabbur dan penelitian terhadap alam.
Ini adalah dalam rangka bagaimana manusia mempergunakan sarana alam
untuk kemudahan kehidupan mereka. Ia
merupakan kebenaran dari pengalaman-pengalaman yang dilalui oleh manusia. Kedua-dua cara ini penting bagi manusia dalam
rangka mengabdikan diri kepada Allah dan bertakwa.
1. Allah.
1.1. Yang
Maha Pencipta.
Dalil :
·
Q.25:2,
Tuhan yang menguasai pemerintahan langit dan bumi, dan yang tidak mempunyai
anak serta tidak mempunyai sembarang sekutu dalam pemerintahanNya, dan Dialah
yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan mahluk-mahluk itu
dengan ketentuan takdir yang sempurna.
2.2. Yang
Maha Bijaksana.
Dalil :
·
Q.67:14,
Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian mahluk itu mengetahui
(segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus
urusan pentadbiranNya lagi Maha Mendalam Pengetahuan Nya.
2. Jalan Formal.
2.1. Dengan
Wahyu.
Sarahan :
·
Secara
resminya ilmu Allah kepada mahluk adalah menerusi wahyu kepada para Rasul
alaihissalam.
Dalil :
·
Q.3:38,
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya : “Wahai Tuhanku. Kuniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat
keturunan yang baik, sesungguhnya Engkau senantiasa Mendengar (menerima) doa
permohonan”.
2.2. Memerlukan
Rasul.
Sarahan :
Penurunan wahyu ini bukanlah
kepada sembarang orang, bahkan kepada mereka yang dipilih oleh Allah untuk
melaksanakan tujuan demikian. Para Rasul
adalah mereka yang terpilih untuk menerima wahyu-wahyu yang telah diturunkan
itu.
Dalil :
·
Q.42:53,
Iaitu jalan Allah yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan
yang ada di bumi. Ingatlah ! Kepada Allah jualah kembali segala urusan.
2.3. Ayat
Qauliyah.
Sarahan :
Wahyu yang diturunkan itu
merupakan kitab langsung dari Allah berkenaan sesuatu perkara yang kita namakan
dia sebagai ayat qauliyah.
Dalil :
·
Q.55:1-2,
(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya. Dialah yang telah mengajarkan Al-Qur’an.
·
Q.96:1,
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian
mahluk).
2.4. Berfungsi
sebagai Pedoman Hidup.
Sarahan :
Ilmu-ilmu dari wahyu ini berfungsi sebagai pedoman hidup kepad manusia
atau manhajul hayat.
Dalil :
·
Q.3:19,
Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang
diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan enggan
menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang
kebenarannya, perselisihan itu pula) semata-mata karena hasad dengki yang ada
dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah),
sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya
Allah amat segera hitungan hisabNya.
·
Q.3:85,
Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima
daripadanya dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.
2.5. Kebenarannya
Mutlak.
Dalil :
·
Q.2:147,
Kebenaran (yang datangnya kepadamu dan disembunyikan oleh kaum Yahudi dan
Nasrani) itu (wahai Muhammad) adalah datangnya dari Tuhanmu, oleh itu jangan
sekali-kali engkau termasuk dalam golongan orang-orang yang ragu-ragu.
·
Q.41:53,
Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata
tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri,
sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Qur’an adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu
dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap
sesuatu ?
3. Jalan Non Formal.
3.1. Dengan
Ilham.
Dalil :
·
Q.90:5,
Patutkah manusia yang demikian keadaannya (terpedaya dengan kekuasaan yang ada
padanya dan) menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang dapat mengatasi
kekuasaannya (dan menyeksakannya) ?
3.2. Langsung.
Dalil :
·
Q.2:31,
Dan ia telah mengajarkan Nabi Adam akan segala nama benda-benda dan gunanya,
kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman : “Terangkanlah
kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar”.
·
Q.55:4,
Dialah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima
kenyataan.
3.3. Ayat
Kauniyah.
Dalil :
·
Q.3:190,
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan
siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah)
bagi orang-orang yang berakal.
·
Q.41:53,
Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata
tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri,
sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Qur’an adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu
dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan
tiap-tiap sesuatu ?
3.4. Berfungsi
sebagai Sarana Hidup.
Dalil :
·
Q.11:61,
Dan kepada kaum Tsamud, Kami utuskan saudara mereka : Nabi Soleh. Ia berkata : “Wahai kaumku ! Sembahlah kamu akan Allah. Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain
daripadaNya. Dialah yang menjadikan kamu
dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya. Oleh itu mintalah ampun kepada Allah dari
perbuatan syirik, kemudian kembalilah kepadaNya dengan taat dan tauhid. Sesungguhnya Tuhanku senantiasa dekat, lagi
senantiasa memperkenankan permohonan hambaNya”.
3.5. Kebenaran
Eksperimen.
Dalil :
·
Q.10:36,
Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja,
(padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan
sesuatu dari kebenaran (iktiqad).
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.
3.6. Untuk
Manusia agar Beribadah.
Dalil :
·
Q.51:56,
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka
menyembah dan beribadat kepadaKu.
0 comments:
Post a Comment